Friday, May 9, 2014

Khutbah di Terengganu hati ini

Tajuk Khutbah Jumaat Hari Ini
'HINDARI SIFAT SOMBONG'
9 Rejab 1435 9 Mei 2014
Negeri Terengganu

Intipati Khutbah

Kehidupan manusia tidak akan terlepas dr gangguan dan hasutan dr iblis syaitan dan kuncu2 laknatullah ke dalam hati anak cucu Adam a.s.

Sifat sombong adalah peribadi iblis syaitan sbgmana yg telah diterangkan oleh Allah SWT di dalam al Quran yg tidak mahu patuh dan sujuk kpd manusia. Kerana melihat kejadian golongannya dr api sdgkn manusia hanyalah dari tanah.

Sombong merupakan sifat tercela dan dibenci oleh Allah SWT dan merupakan penyakit hati boleh menghancurkan diri manusia.

Al Quran membawa kisah2 manusia yg sombong dan angkuh dgn pemberian nikmat oleh Allah SWT spt yg berlaku kpd Firaun dan Qorun yg akhirnya dibinasakan.

Dlm kitab Ihyahu Ulum Al Din dinyatakan ade 3 jenis kesombongan;
1. Sombong terhadap Allah SWT
2. Sombong terhadap Rasulullah SAW
3. Sombong terhadap makhluk

Antara tanda seseorg itu sombong adalah; merasa megah dgn kelebihan dimiliki, membandingkan dirinya dgn org lain, di samping amat suke menunjuk2 dan memuji diri sendiri. Juga gemar menghina dan memandang rendah org lain.

Marilah berazam dan bertekad untuk menjauhi dr sombong dan angkuh. Semoga mendapat rujukan dan panduan bersama. Amen.

No comments:

Leave a Reply