Thursday, May 8, 2014

Nyawa UMNO dah dihujung tanduk?

Ada sesapa yg nak tolong jawab 'soalan bodoh' org kampung tu? Perlu diingat org kampung yg bodohlah yg membolehkan umno terus jadi kerajaan sekarang.
Umno okay... yg tak okay adalah org2 di dlmnya yg masih di bawah tempurung dan tak dpt terima hakikat org di luar tempurung mereka jauh lebih advance.

Bukti pemimpin atasan umno tak tahu apa2 yg sedang berlaku di ground dan akar umbi. Bukti juga para pemimpin atasan dan elitis umno hanya dengar cakap pengampu dan 'everything is taken care, boss'. Dan bukti juga pemimpin elitis dan bangsawan umno dah kena seal ngan para pengampu yg perangai diorg sebijik macam mundeliar, nina katu dan si kitol zaman akhir kerajaan melayu melaka.

Umno berasa masih selesa, wpun tengah terseksa dan tak mahu berubah walaupun semakin  rebah... UMNO tengah sakit tetapi buat2 tak sakit biarpun perjalanan menuju ke kuburan politik semakin dekat...mungkin apabila 'talkin' sudah kedengaran barulah nak sedar tetapi 'sayang semuanya sudah terlambat'...

kau tgk sajalah permainan politik terengganu masakini. Kan permainan bebal namanya tu... diorg ingat marhein kat bawah ni tak nampak, tak tahu dan tertutup sangat ler. Perangai macam burung unta. Kepala sorok dalam tanah sedgkan seluruh tubuh orang boleh nampak. Diorg ingat bila diorg tak nampak, maka orang ramai pun tak nampak ler.

Terus terang cakap, saya yg duduk dalam kelompok marhein yg bekerja utk bayar bil bukan utk simpanan atau pelaburan, tak melihat hayat panjang lagi buat umno. Kalau dengan keadaan ini berterusan, maknanya tak sampai PRU14, UMNO dan BN akhirul kalam.
Entah apa akan jadi kepada BN...UMNO  tidak mahu berubah dan komponen BN pula semakin parah...

No comments:

Leave a Reply