Saturday, September 27, 2014

Jawapan menteri berkenaan isu Bumiputera dianaktirikan


Saya menerima banyak pesanan mengenai tuduhan pembeli rumah bumiputera yang "dianaktirikan" oleh pemaju perumahan bukan bumiputera.

Aduan itu telah menjadi "viral"  dalam media sosial sejak beberapa hari ini.

Saya telah arahkan Ketua Setiausaha Kementerian saya untuk menyiasat perkara ini dengan segera.

Saya juga meminta supaya pengadu tersebut untuk tampil ke depan bagi membolehkan kementerian saya mendapatkan maklumat lanjut agar siasatan dapat dijalankan dengan lebih terperinci.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemaju-pemaju perumahan yang didapati melanggar peraturan sedia ada.

Saya juga telah mengarahkan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya jika ada ahli-ahli mereka yang terlibat dalam perkara ini.

Kementerian saya memandang serius perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan setelah siasatan selesai.

Terima kasih.

Datuk Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

26 September 2014

No comments:

Leave a Reply