Tuesday, September 23, 2014

Misteri MB Selangor terungkai

Akhirnya segala kekusutan selama dua bulan terungkai apabila Azmin Ali hari ini telah mengangkat sumpah sebagai MB Selangor ke 15 di Istana Selangor.

Di sebalik apa yang berlaku hari ini adakah PKR telah berpuas hati dengan perlantikan Azmin sebagai MB kerana asasnya PKR hanya menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal dari PKR sebagai calon MB.

Adakah Azmin Ali juga wajar dipecat daripada PKR kerana menerima perlantikannya sebagai MB.

Persoalannya sekarang ialah adakah kemelut politik di dalam pakatan di Selangor akan selesai dengan perlantikan Azmin sebagai MB?

Adakah rakyat Selangor akan terus dibela di bawah MB baru ini.

No comments:

Leave a Reply