Sunday, September 14, 2014

Semoga adik Wafi pulih kembali

Minta jasa baik rakan-rakan, supaya post artikel tentang adik Mohd Ilman Wafi Bin Mohd Hilme Izwan yang baru berusia 4 bulan yang masih bertarung nyawa untuk teruskan hidup dan masih koma. Hari ini sudah masuk hari ke-5 adik Wafi tidak sedarkan diri.

Pada 9/9/14 baru-baru ini, ibubapa adik Wafi mendapat panggilan telefon dari pengasuhnya dan memberitahu bahawa adik Wafi sudah tidak sedarkan diri. Pada hari yang sama, adik Wafi telah ditempatkan di ICU Hospital Serdang dan doktor mengesahkan bahawa adik Wafi telah mengalami pendarahan pada bahagian otak.

Sekali lagi saya meminta jasa baik semua dengan mengajak semua supaya menadah tangan meminta doa supaya adik comel yang tidak berdosa ini supaya cepat sembuh dan kembali ceria seperti sediakala.

Kepada sesiapa yang ingin membuat solat hajat, saya amat mengalu-alukan.

No comments:

Leave a Reply