Saturday, October 25, 2014
Fahmizainol dengar ni pesanan untuk you...
@fahmizainol_ dare to risk expulsion from UM. Some may say its heroic, but I say U are ULTIMATE IDIOT
Saya dulu pun a student leader juga di Lancaster University. Sentiasa vokal dan mempunyai pendapat sendiri dan tidak mahu dikongkong (mungkin sampai sekarang pun!). Tapi saya tetap berpendapat apa2 pun tanggungjawab seorang pelajar adalah BELAJAR. Saya tahu saya akan lebih boleh menyumbang kepada agama, negara dan bangsa sekiranya saya dpt yg terbaik dlm pelajaran; menimba pengalaman bekerja dan baru boleh menyumbang LEBIH POSITIF.
Adik Fahmi, tanpa keputusan dan penampilan yg baik, anda sebagai Presiden Mahasiswa UM pun tidak akan kemana, percayalah. Takkan nak bawa ke hulu ke hilir, title MANTAN PRESIDEN PMUM - TAK LAKU TU BANG!
Memang senang sebagai pelajar lebih terarah kepada semangat "Anti Establishment", itu saya faham. Tapi itu mesti diimbangi dgn pandangan yg lebih kritikal melihat, menilai dari segala sudut; bukan semata2 ikut emosi darah muda.
Sedarlah rata2 pelajar melayu dlm negara, KETINGGALAN. Terlalu banyak masa digunakan utk perkara2 yg tidak mendatangkan faedah. Berpersatuan tu bagus; tapi jgn sampai lupakan Tanggungjawab sebagai pelajar.
Pelajar Melayu nie bukan tak pandai, tetapi mudah emotional - terlampau banyak gangguan dlm negeri. Bagi saya dan kawan2 yg belajar di luar negeri; keadaan kami ada sedikit baik - kurang gangguan. Senior setahun kami, seramai 10 org Pemegang Ijazah Pertama Fakulti saya, 7 org dari Malaysia dan 5 adalah pelajar Melayu. Tahun saya; 5 orng Ijazah Pertama, 3 PELAJAR MELAYU.
Tak Kalah PELAJAR MELAYU DLM SEGI KEPANDAIAN. Tanpa GANGGUAN2 INI PELAJAR2 MELAYU AKAN LEBIH BERJAYA. Saya tak pernah rasa rendah diri bersama bukan sahaja India atau Cina, tapi juga bangsa2 lain sedunia. Tak kalah org Melayu nie weah....
Saya TIDAK KATA JGN AKTIF, Saya tak kata JGN berpolitik, Saya kata Utamakan PELAJARAN. GET THE BEST GRADE; GET THE BEST JOBS & ITS EXPERIENCE; THEN PEOPLE WILL TAKE YOU MORE SERIOUSLY... INSTEAD NOW AS A PEST!
Nak jadi Pembangkang, jadi lah Pembangkang yg lebih bertanggungjawab; ada sense. Dan kalu nak jadi Penyokong Kerajaan jadilah yg BUKAN KUAT AMPU. Rakyat negara ini seperti mana2 negara DEMOKRASI perlukan Pembangkang yg Baik dan Bertanggungjawab.... bukan MEMBANGKANG DARI LONGKANG!
Tapi sebelum itu anda sebagai Pelajar mempunyai tanggungjawab terhadap Ibu Bapa dan keluarga yg impikan terbaik dari anda.
Saya pernah menjadi PENILAI dlm temuduga ke syarikat Multinational. Percaya lah... amat susah saya mencari Pelajar Melayu lulusan Dalam Negeri yg ada kelulusan yg baik dan mampu berketrampilan (berbahasa Inggeris dgn baik); bukan tidak mahu menolong pelajar Melayu... tetapi sukar mencari yg berbakat.
Mungkin ada yg boleh bercakap, berketrampilan tapi keputusan pulak yg tak baik. Yg ada keputusan yg baik, tak boleh pulak bercakap dan berketrampilan.
Alangkah baiknya Sekiranya Pemimpin2 Pelajar ini yg sudah tentu berketrampilan berupaya mendapat Keputusan yg Terbaik....huhuhu.
Anak2 Bangsaku.... perjalanan anda masih jauh di hadapan anda; jgn sesiakan masa depan anda...
#cuitorgkayahaji
No comments: