Wednesday, October 8, 2014

FAM rombak jadual Piala Malaysia hanya kerana pemain import JDT...

Kita sebagai rakyat marhaen terima saja apa jua keputusan. Dalam pertubuhan sukan di Malaysia hari ini kepentingan individu lebih utama daripada kepentingan majoriti.

Kalau betul apa yang dilaporkan oleh media bermakna demokrasi yang dilaungkan hanyalah sekadar omongan apabila pemutus sebenar bukan pada suara majoriti.

Memang tepatlah tajuk utama BH " Sudah nasib peteh" - FAM rombak jadual Piala Malaysia hanya kerana pemain import JDT.

So what... sampai bila persatuan sukan Malaysia ingin berada pada takuk lama. Realitinya sukan Malaysia semakin merudum. Buktinya Sukan Asia di incheon, Korea.

No comments:

Leave a Reply