Monday, October 20, 2014

Gambar terkini kemalangan satu lagi kemalangan ngeri

Satu lagi kemalangan kemalangan ngeri Kali ni melibatkan Bas JKM.



Kemalangan berlaku jam 7.12 malam semalam apabila sebuah bas Ekspres Delima dari arah selatan menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke laluan bertentangan dan
bertembung dengan sebuah van.

Sebuah bas Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tiga kereta turut
terbabit dalam kemalangan itu.

Setakat tengah malam tadi, jumlah sebenar mangsa
belum dikenal pasti kerana semua yang terbabit sama
ada yang meninggal dunia dan cedera, termasuk parah
dihantar ke hospital.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan
Mizan Md.Dom, berkata kemalangan berlaku di lebuh
raya menghala ke selatan, iaitu di antara Hentian
Pedas-Linggi dan Plaza Tol Simpang Ampat.

“Sebahagian besar mangsa dihantar ke Hospital
Tampin, Alor Gajah dan Melaka bagi memudahkan
mereka menerima rawatan kerana kemalangan berlaku
di lebuh raya menghala ke selatan,” katanya malam tadi.

Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan
Penyelamat, berkata 24 pegawai dan anggota dari balai Rembau, Tampin dan Alor Gajah dihantar ke tempat
kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

Seorang penumpang bas ekspres yang cedera
dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS),
Nur Najlaa Aqilah Mohd Ghazali, 19, berkata dia sedang tidur ketika kejadian.
Pelajar Universiti Malaya itu berkata, dia terkejut
daripada tidur apabila bas bergoyang kuat dan
berpusing beberapa kali sebelum terbabas di lebuhraya bertentangan.

“Bas menimpa sebuah kereta sebelum dirempuh sebuah
bas dari arah bertentangan. Keadaan kelam kabut dan
nasib baik saya hanya cedera ringan,” katanya yang
cedera di muka dan tangan.

Difahamkan, bas JKM terbabit membawa bekas tentera yang menghadiri Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, petang semalam.

No comments:

Leave a Reply