» » » Pantai Tok Jembal - Apa yang kita perlu tahu..


Beberapa hari lepas beberapa buah akhbar melaporkan tentang masalah hakisan yang kian meruncing sedang berlaku di Pantai Tok Jembal, Seberang Takir. Malah ada laporan yang seolah-olah kerajaan langsung tidak ambil hal tentang permasalahan tersebut. 
Namun kita sedia maklum bahawa Pantai Tok Jembal sememangnya pantai berkenaan berhadapan dengan masalah hakisan yang teruk sehinggakan Pantai Tok Jembal dilaporkan boleh hilang dari peta Negeri Terengganu. Kita juga maklum bahawa Pantai Tok Jembal terletak dalam DUN Seberang Takir iaitu DUN yang diwakili oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman, yang sememangnya sentiasa menjadi perhatian umum.
Namun perkara yang yang sebenar tidak seharusnya disorok oleh media yang berkenaan.
Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan RM70.5 juta bagi melaksanakan projek pengurusan pantai di kawasan itu yang bermula pada 8 April 2014 dan dijangka siap sepenuhnya pada 7 April 2016.
Peruntukan ini sedikit sebanyak telah memberikan kelegaan kepada nelayan-nelayan di sekitar Pantai Tok Jembal yang sememangnya bergantung sepenuhnya kepada hasil laut sebagai sumber pendapatan mereka.
Dalam temubual Terengganu Times bersama beberapa nelayan di Pantai Tok Jembal yang mana kebanyakan mereka memberikan maklum balas yang positif terhadap keprihatin Menteri Besar Terengganu, Dato Ahmad Razif Abdul Rahman yang mengambil inisiatif terbaik dalam menyelesaikan masalah hakisan ini.
Mohamad Abdullah,77, (Nelayan)
Mohamad Abdullah,77, (Nelayan)
Menurut Mohamad Abdullah,77 tahun, seorang nelayan yang tinggal di persisir pantai tok jembal dan hampir 50 tahun menjadi nelayan disini yang juga dikenali sebagai Pok Him oleh penduduk setempat seorang pengusaha budu dan belacan.
“Terima Kasih banyak-banyak pada kerajaan negeri kerana telah membina tambak laut sebagai penghalang ombak daripada terus hakis persisiran pantai yang sekian lama telah rosak.”
ayok ku copy Ku Yusuf Muda berkata “pengurusan masa untuk menyiapkan tambak laut itu amat perlu dititik beratkan supaya dapat mengurangkan kesan hakisan yang teruk di pantai iti”
Sebagai seorang pengunjung yang selalu datang berehat dipantai itu beliau merasakan amat perlu jeti untuk nelayan dibina dikawasan itu.
Beliau juga amat berterima Kasih kepada YAB Menteri Besar kerana prihatin terhadap masalah rakyat disini terutamanya golongan nelayan persisir pantai.
Pada ketika ini perkembangan projek pengurusan pantai sudah mencapai 15 peratus dan dijangka siap pada masa yang telah ditetapkan. sumber

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply