Sunday, November 2, 2014

Jika Anwar dipenjara, Siapa bakal penggantinya???

ika Anwar Ibrahim dipenjarakan, siapakah yang dilihat bakal menggantikan beliau? Wan Azizah? Azmin Ali? Rafizi Ramli?


Anda baca laporan di bawah : 

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dilihat teruja dengan ramalan terbaharu The Economist apabila rencana itu turut disiarkan di laman rasmi Dato Menteri Besar Selangor hari ini.

Rencana The Economist bertajuk “A lousy sequel – Jail for Malaysia’s opposition leader would not necessarily clobber his coalition,” meramalkan kemungkinan yang bakal berlaku terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan rayuan liwatnya itu.

Jika Anwar didapati bersalah dan kembali ke penjara, kata The Economist, ia mungkin bakal mengakhiri kerjaya politik lelaki yang berusia berusia 67 tahun itu.

Namun, tegas The Economist, jika Anwar bebas sekali pun, Anwar sudah tidak lagi sepenting dahulu memimpin pakatan pembangkang terutamanya dalam menangkis ancaman golongan konservatif dalam PAS yang mahu melaksanakan undang-undang Islam- hudud- di negeri kubu kuat parti itu, Kelantan.
“Jika kekal bebas, Anwar akan terus menjadi orang yang terbaik untuk menangkis ancaman ini. Tetapi ia tidak lagi begitu penting kepada pembangkang sepertimana yang pernah dilakukannya dahulu. Walaupun koalisinya telah membuat keuntungan yang mengesankan, namun Anwar telah dua kali gagal untuk memimpinnya kepada kemenangan secara terang-terangan (menawan Putrajaya).”
The Economist turut meramalkan jika Anwar kembali ke penjara ia akan memberi peluang kepada barisan pelapis PKR mengambil alih parti itu.

Tanpa menyebut nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, The Economist meramalkan tiga nama yang bakal mengambil alih kepimpinan parti iaitu Mohamed Azmin Ali, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar.

Daripada ketiga-tiga itu, nama Azmin Ali diramalkan sebagai yang paling cerah.

“Dia bermula sebagai setiausaha peribadi Anwar selama berada dalam kerajaan dan terbukti seorang timbalan yang setia. Tetapi pemimpin berusia 50 tahun ini sudah bersedia untuk keluar dari bayang-bayang mentornya.

Azmin bukan hanya lebih berpengalaman daripada Nurul Izzah, anak Anwar dan naib presiden PKR, beliau juga “pemenang” dalam episod “langkah Kajang”, yang diilhamkan Rafizi, yang berakhir dengan Azmin memegang jawatan menteri besar Selangor - AIDC
The Economist mungkin tidak menelaah masaalah yang dibawa oleh Azmin Ali seperti yang didedahkan oleh pemimpin PKR sendiri sebelum ini. Di antaranya:
Di depan umum khususnya media Azmin kelihatan begitu suci, dia bercakap ke media akan tolak sebarang cadangan namanya dan menyokong Wan Azizah tetapi dibelakang ia terus melobi termasuk melobi ke Istana. 
Masihingat selepas PRU 13 bagaimana PR bersetuju menghantar nama Khalid Ibrahim seorang tetapi dia dan kuncu - kuncunya dalam PKR Selangor menghantar satu lagi nama konon mendapat sokongan ramai yang perlu dipertimbang Sultan yang akhirnya dia kecewa kerana gagal mendapat sokongan parti peringkat Pusat.
Itu sebab selepas itu ia menyerang Anwar dan keluarga.
Anda baca pendedahan ini : BACA SINI

Malah, sehingga ke hari ini, kepimpinan PKR masih zip mulut buat-buat lupa dengan persoalan besar tentang Azmin Ali : BACA SINI 

-Dr. Mim

No comments:

Leave a Reply