Tuesday, November 11, 2014

Penggal terakhir Guan Eng sebagai CM Penang.....?


Akhirnya orang CINA DAP  Penang pun dah tak percaya kepada bos mereka Lim Guan Eng .  Seorang Adun DAP mencadangkan tempoh jawatan CM dihadkan dua penggal sahaja . 

Ini kerana  setelah 6 tahun memerintah , mereka melihat anak Kit Siang ini gagal memerintah negeri ini dengan baik & membela rakyat  seperti mana dilaungkan ketika kempen pilihanraya .

Isu penduduk   kampung tradisi dirobohkan tidak mendapat pembelaan , bajet dibentang defisit 4 tahun berturut-turut ,  kadar sewa pasar dinaikkan ,  pembinaan rumah mampu milik /kos rendah tak dibina telah membuka mata akan kemampuan Guan Eng mentadbir negeri ini . 

Mungkin  orang  Cina Penang   seperti Teh Yee Cheu  mahu  sudah sampai masanya jawatan  Ketua Menteri dikembalikan kepada anak tempatan P.Pinang seperti mana ketika ditadbir BN iaitu Koh Tsu Koon . Lim Chong Eu  &, Wong Pow Nee . 



Sin Chew Daily, 11.11.2014, halaman 11,

TEH Yee Cheu - ADUN DAP Tanjung bungah semalam mengusulkan supaya tempoh jawatan Ketua Menteri yang ketika ini disandang oleh Lim Guan Eng dihadkan kepada dua penggal sahaja.

Beliau berkata sekiranya perkara itu diterima, ia akan membuka ruang kepada pemimpin lain yang berkebolehan untuk tampil ke hadapan dan memperjuangkan konsep demokrasi yang sebenar.

Cadangan itu kemudian mendapat sokongan Ketua Pembangkang , Datuk Jahara Hamid dan Yap Soo Huey (DAP- Pulau Tikus).

Bagaimanapun, ADUN Air Hitam, Wong Hon Wai yang juga Setiausaha Politik Guan Eng membantah usul berkenaan sambil menyifatkan ia tidak ada kaitan.

No comments:

Leave a Reply