» » Kerana Tian Chua, Anwar tidak boleh masuk Thailand



Selepas disenarai hitam daripada memasuki negara Jepun Januari 2014, hari ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disenarai hitam memasuki Thailand pula.


Anwar dijadualkan ke Bangkok pada Rabu 3 Disember 2014 untuk menyampaikan ucapan dalam satu majlis anjuran di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT).

Anwar yang telah mendapat maklumat awal daripada pihak Kementerian Luar Thailand tentang namanya telah disenarai hitam, memaklumkan kepada FCCT bahawa beliau tidak menghadiri majlis tersebut atas nasihat peguamnya berikutan kesnya masih dalam perbicaraan.

Difahamkan Kerajaan Thailand menyenarai hitam Anwar kerana tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua mengadakan demonstrasi membantah lawatan Perdana Menteri Thailand , Jen Prayuth Chan-ocha ke Malaysia pada Isnin 1 Disember 2014.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply