JAWAPAN RINGKAS LOKMAN ADAM KEPADA PAKAR EKONOMI MEE SEGERA BUNGA RAYA
Fitnah :
1. Siapa yang songlap duit rakyat dalam kes 1MDB.
Jawapan : Firma Audit Bebas terkemuka dunia Deloitte, PAC, Ketua Audit Negara semua dah siasat dan Audit akaun 1MDB, takde sorangpun kata duit 1MDB hilang. Yang hilang duit IPIC, yg seleweng pengurusan lama Aabar sendiri. Duit rakyat mana yang kena songlap?
2. Siapa yang kurangkan bajet pendidikan.
Jawapan : Bila Amerika menghasilkan Shale Oil, pengeluaran minyak mereka meningkat 2.5 kali ganda mengakibatkan harga minyak jatuh teruk. Hasil minyak Malaysia hilang 35.9b tahun 2016 berbanding hasil 2014. Semua bajet kena potong semasa pendapatan merosot. Dalam kehidupan berkeluargapun kadang-kadang kena potong bajet bila hilang pendapatan. Bila pendapatan pulih semula, apa yang dipotong nescaya akan dikembalikan In Sya Allah.
3. Siapa yang menyebabkan ekonomi Malaysia merudum.
Jawapan : Kali terakhir Malaysia berhadapan kegawatan ekonomi ialah pada tahun 1997-1998. Masa Pengerusi PPBM jadi PM dan Ketua Umum PKR jadi Timbalan PM. Ekonomi Malaysia merudum ni definisi siapa? Mahathir ke? Zaman dia kita berhutang hingga lebih 100% berbanding KDNK pun kita tak bankrap. Apatah lagi zaman Najib yang ada disiplin ekonomi yang kuat. Kita letak syiling nak berhutang tak boleh lebih daripada 55% berbanding KDNK. Setidak-tidaknya Najib berjaya menurunkan kadar hutang kita dari 54.5% tahun 2015 kepada 52.7% tahun lepas. Takkan ekonomi merudum tahun lepas pertumbuhan ekonomi masih 4.2%. Suku terakhir naik 4.5% dan suku pertama tahun ni naik 5.6%, iaitu tertinggi dalam tempoh 2 tahun. Yang cakap ekonomi Malaysia merudum ni Prof ekonomi dari kilang Ketum ke?
4. Siapa dalang di sebalik hilangnya duit tabung haji, tabung angkatan tentera, tabung pesara, duit KWSP dan lain2.
Jawapan : bila masa pulak duit tabung Haji, tabung angkatan tentera, tabung pesara dan duit KWSP hilang? Cuba bawa keluar report polisnya kalau ada. Tak habis-habis tabur fitnah, tak baca surat khabar ke? Walau teruk macamana kedudukan ekonomi global, agensi-agensi tersebut tidak pernah gagal memberi dividen dan bonus yang memuaskan untuk pencarum dan pemegang saham mereka.
5. Siapa yang hapuskan subsidi.
Jawapan : Ya Kerajaan BN yang hapus. Tapi subsidi yang macamana kita hapuskan? Kita hapus subsidi pukal yang menguntungkan golongan berada. Contohnya subsidi gula, rakyat biasa dulu dapat subsidi 34 sen je sekilo, paling kuat satu keluarga pakai 2-4 kg sebulan. Tapi yang guna beribu kilogram gula setiap hari ialah kilang-kilang termasuklah kilang arak yang menggunakan banyak gula. Sama juga dengan subsidi petrol, kajian Kementerian Kewangan mendapati 70% subsidi bahan bakar petrol dan diesel dinikmati oleh mereka yang berada. Sebab lagi besar kereta mereka, lagi kuat makan minyak, lagi banyaklah subsidi yang mereka dapat dari kerajaan. Adil ke macam tu? Itu sebabnya kerajaan tarik subsidi pukal seperti ini dan pulangkan ianya kembali kepada mereka yang betul-betul memerlukan melalui subsidi yang lebih mensasar seperti BR1M, Bantuan Persekolahan 1 Malaysia, Kad Siswa 1Malaysia, Subsidi Mendaratkan Ikan Kepada Nelayan, Subsidi Musim Tengkujuh kepada Penoreh yang tidak dapat keluar menoreh sekitar bulan November, Disember dan Januari dan pelbagai subsidi lain.
6. Siapa yang jual hak milik kekal di forest city.
Jawapan : Rata-rata orang Johor tahu bahawa tanah Johor banyak tergadai kepada rakyat asing masa Presiden PPBM menjadi MB Johor. Daripada terus membiarkan tanah-tanah di Johor jatuh ketangan asing, strategi Kerajaan Johor mewujudkan pulau buatan manusia ditengah laut untuk dibina Forest City merupakan pendekatan diluar kotak. Rumah yang dijual berbentuk kondo mewah yang hanya memiliki status hak milik strata dan harganya sangat mahal. Setiap rumah yang dijual sebahagian besar menjadi hasil kerajaan negeri. Dana ini kemudiannya disalurkan untuk membeli tanah dan membina rumah mampu milik untuk rakyat Johor. Saya sebagai anak Johor berbangga kerana dibawah pemerintahan MB sekarang, tanah Rezab Melayu di Johor semakin bertambah saban tahun dan bukan merosot macam masa boyfriend Nika Gee berkuasa.
7. Siapa yang robohkan dan jual tanah kem tentera Sungai Besi dan beberapa kem tentera yang lain.
Jawapan : Pengkalan Tentera Sungai Besi dah lama sudah tidak strategik sebagai pengkalan tentera. Mungkin mamat yang pertikai penjualan Kem Sg Besi ni bengang kerana syarikat kroni Tun Mahathir, YTL tidak memenangi bidaan tanah yang dikenali sebagai Bandar Malaysia itu. Kalau YTL yang dapat, tentu depa senyap. Untuk makluman kamu, sejak zaman komunis lagi pesawat kita di pengkalan udara Sg Besi tu pernah di bom guna pelancar roket dari tepi jalan Sg Besi. Strategik apa namanya kalau pengkalan tentera kita terdedah dengan serangan musuh semudah itu? Keduanya, sedarkah kamu bahawa pesawat tentera udara ni makin lama makin besar dan makin canggih. Maka sudah semestinya ianya memerlukan landasan yang lebih panjang dan lebar. Mungkin pemfitnah ni tak sedar bahawa Pengkalan Udara Sg Besi ni hanya diguna oleh pesawat chesna dan peminat glider sahaja, pesawat buruk macam Charlie pun tak guna Pengkalan ini. Macam mana kita nak gunakan untuk mendaratkan pesawat baru yang jauh lebih besar? Ini belum cerita masalah lain termasuk menara kawalan dan risiko kemalangan bila pesawat membatalkan penerbang dihujung landasan.
Perlu difahami bahawa 1MDB memenangi bidaan untuk membeli tanah ini dari Kerajaan kerana 1MDB setuju dengan pelbagai syarat ketat yang diletak oleh kerajaan. Antaranya, 1MDB perlu membina 6 kem tentera baru dan 2 kem polis baru sebelum mula membangunkan Bandar Malaysia. Keduanya, kesemua kos pemindahan ke kem baru akan ditanggung oleh 1MDB. Ketiga, di Bandar Malaysia ini juga akan dibina 5000 unit rumah mampu milik. YTL sanggup ke?
8. Siapa yang jual aset strategik tenaga seperti TNB dan sebagainya.
Jawapan : Inilah masalahnya bila Prof Kangkung bersuara. Bila pulak kita jual TNB. Kalau tak faham tu bukankah lebih baik berdiam diri dari mendedahkan ketidakcerdikkan kita. Yang 1MDB jual ialah aset penjana tenaganya, iaitu Edra Energy, bukan TNB brother. Edra cuma bekal tenaga kepada TNB. Edra hanya menjana 14% daripada keperluan tenaga negara. Namun, disebabkan Edra membekalkan tenaga 1 sen lebih murah dari TNB dan 9 sen lebih murah dari 4 kroni Mahathir dulu, merasa juga kita menikmati penurunan tarif masa awal 2015. Edra menjana pulangan 5 billion setahun tau, malangnya bila mereka hendak qsenaraikan Edra di BSKL, puak-puak kalian juga yang sabotaj. Serang 1MDB bertubi-tubi sehingga Edra tidak dapat disenaraikan. Maka melepaslah peluang untuk Edra meraih dana yang sepatutnya membolehkan Edra mempunyai modal pusingan yang kukuh. Kalau kalian tidak sebotaj, tak perlulah 1MDB jual Edra. 1MDB berhutang kerana beli aset, maka untuk mengurangkan hutangnya, mereka juallah aset yang menyebabkan mereka berhutang. Berhutang salah, jual aset untuk hapuskan hutangpun salah. Tak salah kalau kroni Mahathir dapat manafaat hasil jualan tu agaknya.
9. Siapa yang jual proton dan lotus pada China.
Jawapan : Yang mula-mula jemput Geely untuk jadi rakan Strategik Proton dan Lotus tu siapa ya? Bukan ke Mahathir dan Syed Mokhtar yang telah mengundang? Sekarang nak pertikaikan pulak? Kalau ada benda betul yang Mahathir buat, bagi saya menjual 49.9% saham proton kepada Geely adalah satu darinya. Apa guna kalau Proton 100% milik negara tapi pasaran negara Asean pun kita tak boleh tembus semua? Asyik nak mintak suntikan modal dari Kerajaan sahaja walaupun dah berbelas billion diberikan. Sedarkah kalian, penghujung tahun lalu jualan kereta semuanya naik mendadak, tapi jualan proton merosot. Bukankah lebih baik memiliki hanya 50.1% yang nilainya berkali ganda lebih besar daripada 100% saham proton sekarang? Lihat sahaja apa yang telah berjaya Geely lakukan bila mereka mengambil-alih Volvo. Dari sebuah syarikat yang bermasalah, kini Volvo mampu menjual 420,000 buah kenderaan sekarang dan menjelang 2020 mereka mensasarkan untuk menjual lebih 800,000 buah kenderaan setahun.
Dengan "networking" yang Geely ada dan pasaran hampir 1.4 billion penduduk China sekarang, sudah pasti jualan proton juga akan meningkat dengan mendadak. Bila jualan meningkat, alat ganti juga akan dibuat dengan skala yang lebih besar. Alat ganti akan menjadi murah dan kualiti proton juga sudah pasti akan lebih baik selepas mendapat rakan strategik yang juga merupakan pemilik kereta paling selamat didunia, Volvo. Takdelah lagi orang gelar Proton sebagai kereta yang ada masalah "power window" dan "gear box" kena tukar dua kali setahun.
10. Siapa yang kutip GST dan guna untuk bayar hutang 1MDB.
Jawapan : Ini satu lagi fitnah yang tidak berasas. Sehingga kini, modal yang kerajaan bagi untuk 1MDB untuk memulakan perniagaan hanyalah RM1 juta dan "standby credit" sebanyak RM 950 juta yang sudahpun 1MDB bayar balik selepas kejayaan proses Rasionalisasi 1MDB. Bila pulak duit GST digunakan untuk bayar hutang 1MDB? Apa yang pasti, nasib baik kita ada Perdana Menteri yang sanggup ambil keputusan tidak popular dengan meneruskan perlaksanaan GST. Kalau dia takut dimaki, dihina dan takut hilang kuasa bila rakyat marah apabila GST dilaksanakan, cuba bayangkan apa akan jadi kepada negara bila kita hilang 35.9 billion hasil minyak 2016 berbanding 2014. GST lah yang telah menyelamatkan kita ketika itu. Pendapatan SST tahun 2014 cuma RM14 billion lebih. Tapi selepas laksana GST, kita berjaya kutip RM 42 billion 2016.
Nasib baik Najib berfikiran jauh. Masa beliau ambil alih jawatan Perdana Menteri 2009, kita bergantung 42% hasil negara melalui hasil petroleum. Setelah perlaksanaan rasionalisasi subsidi dan usaha mempelbagai pendapatan negara termasuk perlaksanaan GST, kadar kebergantungan kita terhadap hasil petroleum cuma tinggal 14% sahaja tahun lepas. Kalau otak Najib ni lembap macam Mahathir, bila harga minyak jatuh 2014, sudah pasti tahun 2015 lagi gaji kakitangan awam sudah dipotong 20% sepertimana berlaku di Brunei. Sudah pasti harga minyak dinaikkan sepertimana berlaku di Mesir, Jordan, Tunisia dan sehingga 40% di Saudi Arabia 2015. Namun, disebabkan kebijaksanaan Najib lah harga minyak di Malaysia mula diapungkan sejak 1 Disember 2014 yang mengakibatkan rakyat merasai penurunan harga minyak secara konsisten selama 2 tahun dari RM2.30 sen hingga Rm1.60 sen untuk seliter Ron95. Kerana negara ini ditangan orang yang tahu menjaga ekonomi lah kita tidak perlu memotong gaji kakitangan awam tetapi sebaliknya menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 2 mata anaktangga pada tahun 2016.
No comments: