Logo DAP hampir pasti digunakan oleh semua calon pembangkang dalam PRU14? Ya, nampaknya begitulah. Ini kerana status Pakatan Harapan yang masih lagi haram kerana masalah dalaman yang berlaku dalam PPBM.
"Ini adalah keputusan kami, iaitu semua parti (dalam HARAPAN) akan bertanding menggunakan satu logo.
"Sama ada permohonan pendaftaran kami diluluskan atau sebaliknya, kami akan menggunakan satu logo sebagai identiti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang," kata Mahathir dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Petaling Jaya, 27 Februari 2018
Pakatan Harapan, logonya begitu buruk dan dikecam oleh ahli ahlinya sendiri pada Mei tahun lepas. Logo yang buruk itu ditarik balik, kemudian Teresa Kok, ahli parlimen DAP Seputeh menyatakan logo pembangkang hanya memerlukan sentuhan akhir sahaja untuk siap.
Bila sudah siap, logo itu sekali lagi dikutuk dan kena ‘troll” dengan netizen. 14 Julai 2017, logo baru menyerupai hidung Mahathir siap bersama dengan 7 janji pembangkang dalam tempoh 100 hari. Logo yang dicadang kepada ROS itu ditegur dan diminta dibaiki.
Mahathir kata dua hari sahaja untuk buat logo baru, namun sampai hari ini, belum lagi siap siap. Sejak kenyataan Mahathir pada 28 Julai 2017 itu hingga ke hari ini, sudah hampir 9 bulan, masih lagi tidak siap siap logo baru. Kemudian pembangkang mengambil tindakan menyalahkan ROS.
Padahal kesalahan dan kesilapan itu adalah di pihak mereka sendiri. Gagal kemukakan logo pindaan seperti yang diminta oleh ROS. Bukan itu sahaja Pakatan Harapan juga masih lagi berstatus “parti haram’ dan tidak sah dari sisi undang undang. Mengikut Akta Pertubuhan 1966, Pakatan Harapan masih lagi belum boleh diiktiraf sebagai badan yang sah.
Pakatan Harapan “masih berstatus haram” kerana masalah dalaman yang berlaku dalam PPBM sendiri. PPBM sendiri tulis peraturan, mereka sendiri yang langgar peraturan. Itu pun masih hendak salahkan ROS?
Terdapat 430 aduan mengenai PPBM oleh ahli PPBM sendiri. Ahli ahli PPBM buat aduan kerana cara pengurusan parti bunga kacau bilau. Mesyuarat di peringkat cawangan pun tidak boleh buat. Jumlah ahli pun takut hendak umumkan.
Di Kelantan, RM5,000 sahaja diperuntuk untuk PPBM di setiap Bahagian, itu pun ada yang tidak dapat. Kuda Mahathir makan karot sampai RM50,000 sebulan, ahli PPBM dapat RM5,000 sahaja. Bermaksud kuda Mahathir lebih bernilailah dari ahli PPBM di mata Mahathir.
Logo tidak siap, janji yang dibuat pun sudah diakui oleh Mahathir sukar hendak ditunaikan jika mereka berkuasa. Bermaksud, belum lagi masuk ke medan PRU14, pembangkang sudah gagal. Parti bunga, belum lagi bertanding di mana mana kerusi sudah pun gagal dan layu.
Bila PPBM gagal dan hancur, maka Mahathir tiada pilihan lain, terpaksalah melutut meminta bantuan DAP. Dana RM1 billion sudah pun diberi kepada DAP untuk membolehkan Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dan menjadikan Mukhriz sebagai PM.
Kini tiba habuan yang satu lagi iaitu menggunakan logo DAP. Kenapa tidak guna logo PKR? Kalau guna logo PKR, Mahathir akan teruk lagi kena protes dengan orang orang PKR yang lama. PKR itu ditubuh semata mata untuk melawan Mahafiraun.
Tidak mungkin guna logo PKR. Parti yang diasaskan Mat Sabu pula masih baru, ahli ahli parlimen DAP tidak akan gunakan logo PAN untuk bertanding di kawasan kawasan majoriti pengundi Cina. PPBM masih bermasalah. Hanya logo DAP yang nampaknya boleh digunakan.
Lagipun, 38 ahli parlimen DAP yang ada sekarang selesa dengan logo itu. DAP tidak akan korbankan kemenangan 38 orang ahli parlimen ini dengan menukar logo lain. DAP akan paksa semua ahli parlimen pembangkang yang hendak bertanding mengunakan logo mereka.
Yang nampak ada peluang menang banyak dalam pembangkang adalah DAP bukannya parti lain. Ini bukti DAP adalah parti yang menjadi “top dog” sebenar dalam pembangkang.
Mahathir,Mukhriz dan Muhyiddin juga akan guna logo DAP dalam PRU14 nanti. Jadilah mereka “kuda kuda” DAP nanti.
No comments: