Thursday, March 1, 2018
Tunjuklah kecerdikan bukannya kebodohan
Setinggi syukur kepada Allah di atas segala limpahan rezeki dan rahmat ke atas bumi bertuah ini.
Alhamdulillah walaupun banyak negara sedang huru hara dan tidak aman sehinggakan sukar untuk menjalankan kerja harian.
Kita beryukur kerana negara kita rakyatnya masih bebas melakukan kerja seharian dengan aman dan damai.
Walaupun rakyat hari ini sedikit tertekan dengan peningkatan kos sara hidup namun kerajaan pimpinan DS Najib telah melakukan yang terbaik untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Ada yang membandingkan kos hidup dahulu dengan sekarang. Namun ianya adalah tidak adil untuk dibuat perbandingan kerana sebagai contohnya. Dahulu dalam satu kampung berapa orang yang memiliki kereta motor. Tapi hari ini boleh dikatakan setiap rumah memiliki kereta.
Alhamdulillah kira bersyukur di atas kurniaan rezeki kepada kita.
Bagi saya kita hari ini begitu mudah percaya dan terpengaruh dengan info-info yang tidak sahih yang menyebabkan kita menyalahkan orang lain.
Seharusnya kita tidak mudah percaya dengan perkara-perkara negatif yang berlegar di alam maya.
Hari ini pembangkang sedang mencuba untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan menyerang kerajaan dari segenap penjuru sehingga sanggup menyebarkan pelbagai berita tidak betul dan fitnah.
Sekiranya kerajaan hari ini tidak bagus mana mungkin kerajaan dan negara kita menjadi rujukan pelbagai pihak dalam pelbagai bidang.
Walau siapapun kita, waspadalah dalam menyebarkan berita kerana kita bimbang ia akan menunjukkan kebodohan kita.
No comments: