Sungguh bermakna gambar ini apabila enam orang pemimpin daripada tiga berbeza duduk bersama ketika waktu rehat sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu siang tadi.
Enam orang pemimpin daripada tiga parti iaitu UMNO, PAS dan PKR duduk minum bersama memberi seribu satu makna.
Walau dari luar nampak bersatu tapi hakikatnya masing-masing ada perjuangan dan ideologi masing-masing. Mereka berbangsa Melayu serta menjunjung Islam sebagai agama dan pegangan namun mereka tidak bersatu dalam konteks politik.
Tidakkah boleh demi maruah agama, bangsa dan tanah air ini mereka bersatu atas perjuangan yang satu.
Rakyat teramat inginkan kesatuan ini demi masa depan yang lebih terjamin. Rakyat terutamanya masyarakat Islam tidak terus diselubungi kebimbangan.
Kenapa perjalanan pemimpin memperjuangkan ideologi tertentu mengheret rakyat sekali. Rakyat marhaen ini hanya mahukan agama, bangsa dan tanah air ini sentiasa terpelihara.
Rakyat tahu setiap orang ada berbeza pandangan dan pendapat namun tidak bolehkah demi agama, bangsa dan tanah air kita bersatu hati. Pemimpin di atas hidup senang lenang sedang rakyat di bawah bermusuh sesama sendiri. Renunglah dan fikirkanlah.
AHMAD MASLAN "MENGAMUK" DI PARLIMEN
-
Sesi perbahasan di Parlimen. Perhatikan perkara yang membangkitkan emosi
Dato Seri Ahmad Maslan ketika sesi perbahasan.
5 years ago
No comments: