KUALA LUMPUR, Isnin, 22 September 2014: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan TH di Amerika Syarikat baru-baru ini. TH sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat.
Tidak ada sebarang transaksi atau pembayaran telah dibuat bagi tujuan pelaburan di Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, orang ramai sewajarnya tidak mempercayai sumber-sumber tidak rasmi yang hanya berbentuk spekulasi yang tidak mencerminkan keadaan sebenar.
Untuk makluman, TH setakat ini telah membuat pelaburan di Arab Saudi, United Kingdom, Australia dan negara-negara Asia untuk mempelbagaikan pelaburannya. Berikutan pulangan yang memberangsangkan daripada pelaburan di negara-negara tersebut, TH akan terus mencari peluang pelaburan yang serupa di negara-negara lain berdasarkan kepada rangka kerja Strategi Alokasi Asetnya. Pelaburan luar negara, sebagaimana pelaburan domestik, adalah tertakluk kepada proses kelulusan pelaburan yang ketat.
TH sentiasa menekankan kepentingan Ummah dan para pendeposit dalam semua aktiviti-aktiviti pelaburannya.
"Tak Boleh Dah Kata Quran itu Kitab Suci.." - Noran Zamini
-
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang
membimbangkan umat Islam muncul. Ini antaranya. Saksikan huraian dan
penjelasannya..
5 years ago
No comments: