NABI Muhammad SAW bersabda: “Perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit”. (Hadis Riwayat Muslim). Sehubungan itu, sewajarnya kita mengambil berat jenis makanan yang diambil dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini, Rasulullah sebagai teladan yang terulung dan paling agung, apa yang diamalkan Baginda seharusnya dijadikan ikutan. Ini termasuk dalam hal pemakanan dan makan apa yang Rasulullah makan itulah dipanggil makanan sunnah. Sebagai rasul utusan ALLAH, sudah tentu apa yang diamalkan oleh Baginda itulah yang terbaik dan harus jadi teladan.
Mengenai pemakanan, ahli fiqh menyebut, "berubatlah dengan makanan sebelum kamu berubat dengan ubat." Mutakhir ini, pengambilan makanan tambahan sudah jadi trend masyarakat hinggakan muncul pelbagai jenis produk yang kononnya mampu menyembuhkan penyakit kronik. Tinjauan mendapati kebanyakan produk makanan tambahan di pasaran adalah berasaskan makanan sunnah seperti madu, habbatus sauda, kurma, delima, zaitun, kismis, zaf’aran dan buah tin. Sesungguhnya disebut dalam al-Quran akan lapan kebaikan makanan yang jadi amalan Rasullullah SAW. Ikuti kupasan lanjut daripada laporan yang disediakan NOOR AINULYAKIN MOHAMAD ISHAK, SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR & ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD.
Tidak kira di pasar raya, jualan langsung ataupun pemasaran dalam talian, begitu banyak produk makanan tambahan ditawarkan kepada orang ramai pada masa ini. Makanan tambahan seakan sudah jadi budaya dalam hidup masyarakat moden. Daripada produk multi vitamin, makjun dan jamu mahupun yang berasaskan makanan sunah, terserah kepada kecenderungan masing-masing untuk memilih.
Namun, dalam keghairahan masyarakat membeli makanan tambahan, mungkin ramai yang masih tidak tahu apakah fungsi sebenar makanan jenis itu kepada kesihatan.
Adakah menjadi satu keperluan untuk individu mengamalkan pengambilan makanan tambahan dalam diet seharian?
Bersesuaian dengan perkataan ‘tambahan’ di belakangnya, juru runding dan pendidik nutrisi, Dr Bahrain Samah memberitahu, makanan tambahan bukanlah sesuatu yang perlu dijadikan keutamaan.
Sebaliknya beliau berkata, ia hanya diambil apabila ada keperluan tertentu.
“Kebiasaannya makanan tambahan diambil apabila seseorang merasakan pemuliharaan kesihatannya tidak dapat dicapai dalam sesuatu tempoh. Makanan tambahan juga memainkan peranan untuk mencegah dan merawat sesuatu penyakit.
“Selain itu, suplemen tambahan juga hanya diperlukan apabila kita dapati kandungan tertentu dalam makanan tidak mencukupi,” katanya.

Makanan sunnah lebih baik
Dengan pelbagai pilihan yang ada di pasaran, pasti ada kelebihan dan perbezaan bagi setiap produk.
Jelas Bahrain, makanan sunnah ataupun merujuk kepada makanan yang diamalkan Rasulullah SAW tentunya memiliki kebaikan yang lebih berbanding yang lain.
“Ini kerana ALLAH SWT telah menjelaskan khasiatnya dalam al-Quran. Malah, makanan sunnah juga dah dibuktikan dari segi sains ada banyak kebaikan dari pelbagai segi.
“Sama ada makanan sunnah atau suplemen lebih baik, saya tetap katakan makanan lebih baik sebab yang masuk dalam badan, yang kita ambil adalah dalam bentuk natural. Suplemen seperti multi vitamin mungkin ada semua khasiat, tetapi masih jauh berbeza dengan apa yang kita makan,” katanya.
Menurutnya dari aspek pemuliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit, makanan sunah jika diamalkan dengan betul memang dapat membantu.
“Contohnya macam minyak zaitun dan habbatus sauda ada fungsi tersendiri untuk menjaga kesihatan. Yang penting ialah kita memilih jenis makanan yang betul dan ikut keperluan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau tetap tidak menidakkan kepentingan makanan tambahan lain bagi tujuan pengimbangan sekiranya sesuatu kandungan dalam makanan sunnah tidak mencukupi.
“Misalnya jika seseorang itu memerlukan vitamin C untuk tujuan perubatan. Kurma basah mengandungi banyak vitamin C tapi mungkin tak cukup.
“Jadi kita boleh mendapatkannya melalui vitamin C yang dijual di pasaran,” katanya.
Perlu tahu kandungan makanan

Namun, tidak ada guna jika seseorang hanya mengamalkan makanan sunnah tanpa mengetahui kandungan nutrisi di dalamnya.
Kalau seseorang itu faham kandungan dalam makanan dan fungsinya pada kesihatan secara holistik sama ada melalui kajian sendiri atau pembacaan, ia akan membuatkan pengambilan makanan tersebut lebih berkesan.
“Misalnya setiap pagi saya amalkan makan vitamin C, suplemen zink, garam gunung, cuka dan minyak zaitun. Sebahagiannya adalah makanan sunnah dan saya tahu kandungan setiap jenis makanan dan caranya bekerja.
“Oleh itu, sebagai pengguna kita perlu didik diri kita dengan membaca atau menyertai bengkel dan sebagainya untuk meluaskan pandangan mengenai makanan,” katanya.

Sumber: Sinarharian
No comments: