» » Kelebihan hari Arafah dan amalannya

Tajuk Khutbah Jumaat Hari Ini
'KELEBIHAN HARI ARAFAH DAN AMALAN-AMALANNYA'
03 Oktober 2014 - 08 Zulhijjah 1435
Negeri Terengganu

Intipati Khutbah

Arafah adalaha nama salah satu tempat dimana semua jemaah berwukuf pada hari dan waktu yg telah ditetapkan oleh syariat Islam sbg salah satu rukun haji.

Ulamak berpendapat Arafah adalah;
1. Manusia kenal mengenali antara satu sama yang lain pada hari wukuf.

2. Peristiwa malaikat Jibril a.s membawa Nabi Allah Ibrahim a.s mengelilingi tempat tersebut.

3. Pertemuan semula antara Nabi Allah Adam a.s dengan Hawa apabila diturunkan dari syurga.

Hari Arafah adalah hari yang ke-9 Zulhijjah, hari yang dimuliakan Allah di antaranya;
1. Hari kemuncak ibadah Haji.

2. Hari keampunan dan kemerdekaan dari api neraka serta sbg hari kebanggaan Allah SWT kepada malaikat terhimpunnya begitu ramai manusia berwukuf di Arafah.

3.Hari di mana Allah SWT menyempurnakan agama dan mencukupkan nikmat untuk ummat Nabi Muhammad SAW.

4. Hari Allah SWT mengambil perjanjian  setia zuriat Nabi Allah Adam a.s.

Ayat-ayat dan hadis-hadis di atas mengambarkan tentang kemuliaan, kelebihan, dan keagungan hari Arafah. Amalan-amalannya;
1. Berpuasa sunat hari Arafah bg yang tidak mengerjakan haji, kerana akan diampunkan dosanya selama 2 tahun.

2. Menjaga solat secara jemaah, perbanyakkan solat sunat dan qiamulail.

3. Perbanyakkan doa dan zikir.

Khutbah Nasihat....

Ummat Islam disunatkan utk bertakbir tiap-tiap kali lps solat bermula solat Subuh 9 Zulhijjah sehingga solat Asar 13 Zulhijjah.

Semoga mendapat rujukan dan panduan bersama. Ameen.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply