» » Kenapa biskut mempunyai lubang


Pernah tak anda terfikir kenapa kebanyakan biskut yang berada di pasaran mempunyai beberapa lubang di atasnya?




Ya...kebanyakan daripada kita hanya pandai makan biskut je tanpa mengetahui sebab biskut itu mempunyai lubang-lubang kecil pada permukaannya. Lubang-lubang kecil itu bukan untuk hiasan atau suka-suka tetapi ada fungsinya.

Biskut-biskut ini dibuat lubang adalah kerana untuk memastikan biskut-biskut ini masak secara rata. Biskut akan mengeluarkan wap atau haba. Tanpa lubang-lubang ini, biskut akan mengelembung dan menjadikan biskut kelihatan buruk.



Selain itu, dengan lubang-lubang ini, biskut akan lebih rangup. Kalau lubang-lubang biskut ini dibuat terlalu dekat ianya akan menyebabkan biskut akan menjadi sangat keras dan kering kerana terlalu banyak wap yang keluar dan kalau terlalu jauh sangat, gelembung yang hodoh akan ada pada permukaan biskut.

Harap info ini dapat menambah pengetahuan am anda!

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply