» » Untuk tatapan perwakilan Gerakan yang buta sejarah.


Perwakilan Gerakan Johor, Tan Lai Soon mengatakan Melayu juga pendatang yang berasal dari Indonesia. Dia kata dia ada baca sejarah, tapi agaknya sekadar baca tapi langsung tak dapat faham!

Admin nak sekolahkan sekali lagi orang mcm Tan Lai Soon ni! Dulu pun admin dah post banyak kali pasal sejarah orang Melayu di Malaysia.

Orang Melayu memang merupakan penduduk asal Malaysia (sebelumnya Tanah Melayu) dan kajian arkeologi dan mtDNA mengesahkan kewujudannya di Benua Sunda sejak lebih 60 ribu tahun yang lalu lagi.

Tidak timbul soal orang asli merupakan penduduk asal di negara ini kerana pemetaan genetik dan artifak arkeologi juga telah mendapati bahawa masyarakat Orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda adalah merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan ras Melayu hari ini.

Kajian itu telah dibuat oleh penyelidik Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin. Kajian mtDNA oleh pakar genetik Universiti Oxford, Dr Stephen Oppenheimer juga mengesahkan tentang perkara ini.

Orang Melayu Kelantan memang telah dibuktikan secara kajian saintifik dan sejarah sudah wujud dan menetap di Semenanjung Tanah Melayu lebih 60 ribu tahun dahulu lagi! Mereka bukan pun berasal dari kepulauan Melayu yang kini merupakan wilayah Indonesia.

Memang sebahagian orang Melayu di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu berasal dari kepulauan-kepulauan yang kini dalam wilayah Indonesia. Tapi waktu itu, tiada pemisahan sempadan.

Orang Melayu boleh berpindah-randah ke mana-mana wilayah mereka kerana dari sudut sejarah sebelum penjajahan, pulau-pulau tersebut seperti Sumatera merupakan wilayah keturunan Melayu juga. Penjajah yang memisahkan wilayah-wilayah Melayu melalui Perjanjian Inggeris-Belanda dan Perjanjian Inggeris-Siam.

Sebahagian besar Sumatera, Singapura, Pattani dan sebagainya sebelum wujud perjanjian penjajah tersebut adalah merupakan wilayah orang keturunan Melayu. Tiada sempadan untuk mereka bergerak sama seperti orang Kelantan atau Kedah berhijrah ke Selangor hari ini

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply