» » » Kesal Kementerian Kesihatan Memandang Remeh Bahasa Melayu



1. Saya ingin merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang bertarikh 2 Julai 2017 berkenaan kelonggaran kepada syarat lulus mata pelajaran BM di peringkat SPM yang diberikan kepada graduan perubatan yang berkelayakan untuk dilantik secara kontrak.

2. Keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan yang dipersetujui oleh JPA itu seolah-olah membelakangi Perkara 152 Perlembagaan Negara yang menyatakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

3. Keputusan Kementerian Kesihatan itu seolah men'downgredkan' BM dan memandang remeh usaha kerajaan memartabatkan BM sebagai bahasa Kebangsaan dengan pelbagai kempen dan slogan.

4. Sepatutnya BM terus dipertingkatkan dan syarat untuk menjawat jawatan tersebut dipertingkatkan kerana jawatan UD41 Pegawai Perubatan boleh dikatakan bertaraf profesional walaupun kontrak.

5. Alasan hanya untuk jangka masa sementara adalah tidak boleh diterima kerana ianya berkait dengan Perlembagaan Negara.

6. Seandainya bahasa rasmi negara kita bahasa Cina atau India, rasanya kaum berkenaan akan senyap sahaja akan bangkit menentang usaha yang dibuat. pastinya mereka akan bangkit menenatang.

7. Perkara yang dibuat ini seolah-olah untuk menjatuhkan maruah bangsa Melayu apatah lagi perkara ini termaktub dalam Perlembagaan.

8. Pada pandangan penulis perkara ini bukan sahaja cubaan untuk merendahkan martabat Melayu malah telah menghina Perlembagaan Persekutuan.

9. Sudah-sudahlah buat perkara yang boleh membuatkan bangsa Melayu kecewa dengan kerajaan. Buatlah keputusan yang boleh mengembalikan sokongan rakyat khususnya orang-orang Melayu kepada kepada kerajaan.

10. Tambahan pula majoriti rakyat negara ini faham BM dan amat tidak wajar perkara ini ditimbulkan.

11. Bagaimana seorang yang hanya cukup makan dalam keputusan SPM ingin berkhidmat dengan kerajaan sedangkan negara kita memperuntukkan khas dalam Perlembagaan Bahasa Melayu sebagai Basa Kebangsaan.

12. Perlu diingat kepada orang yang rasa mereka hebat walaupun pegang jawatan apapun diperingkat atasan kerajaan kemenjadian tuan-puan hari ini adalah kerana perjuangan dan pergorbanan bangsa Melayu. Jadi usahlah buat perkara-perkara yang menggambarkan anda seorang yang 'bodoh' yang menyebabkan orang memandang hina kepada anda.



About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply