Friday, April 22, 2011

DAP mencorak politik kaum Cina kepada rasisme...



1. Saya tertarik dengan tulisan Susan Lim dari portal Malaysia-Instinct. Sudah tiba masanya DAP diharamkan di bumi Malaysia ini. Ternyata merekalah yang memulakan segala sentimen kebencian antara kaum di Sarawak. Hari ini, pihak BN/UMNO harus serius memikirkan bagaimanakah cara terbaik untuk terus mentadbir negara ini tanpa "terhegeh-hegeh" mengharap undi daripada kaum Cina. Sudah jelas dan terang, masyarakat Cina sama sekali tidak akan mengundi BN dalam PRU yang akan datang. Baca rencana menarik di bawah :

2. DAP SEOLAH-OLAH tidak kisah bermain dengan api. Dengan keputusan yang menggalakan dalam Pilihanraya Sarawak, parti itu semakin nekad untuk terus memainkan isu perkauman. Sikap chauvinis DAP jelas terserlah di Sarawak apabila merkea dengan bongkaknya menyeru kaum Cina agar memikirkan faktor ‘bangsa’ ketika mengundi. Mereka menyerang kaum lain dan memainkan isu agama yang sensitif tanpa sedikitpun peduli jika ianya mengguris hati warga lain.

3. DAP menghina Pehin Sri Taib Mahmud atas dasar suku kaumnya, iaitu Melanau yang mana mencerminkan perasaan sebenar DAP terhadap kaum pribumi termasuk Melayu, terutamanya. Pehin Sri Taib telah berjanji akan mengundurkan diri dan orang-orang Sarawak tidak pernah meragui dasar peralihan kuasa yang lancar yang diamalkan oleh BN. Dengan itu, tidak perlulah sama sekali DAP untuk menghina sesiapa, mana-mana kaum atau bangsa dalam berkempen.

4. Kesombongan DAP begitu menyesakkan di mana mereka cuba untuk meyakinkan kaum
Cina bahawa mereka tidak lagi memerlukan kerajaan. Mereka percaya yang mereka mampu terus maju tanpa melibatkan kerajaan. Ironi sekali kerana di masa yang sama mereka juga mendesak agar negara suara mereka didengar dan tuntutan mereka dipenuhi oleh kerajaan.

5. Akhirnya, DAP berjaya meningkatkan perasaan syak wasangka terhadap kaum Cina dan menjauhkan lagi mereka dari kaum-kaum lain. Bagaimanapun, bukan semua kaum Cina yang terheret dalam permainan merbahaya DAP. Ini dibuktikan melalui statistik di mana 38% dari kaum Cina terutamanya dari kawasan luar bandar dan pedalaman di Sarawak memilih untuk menolak DAP dan mengundi BN. Kaum Cina di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapati bahawa seruan DAP untuk menolak kempen pembangunan BN adalah tidak relevan. DAP gagal melihat bahawa isu pembangunan dan infrastruktur termasuk kemudahan asas seperti air dan elektrik masih relevan dengan penduduk dari kawasan ini.

6. Jelas DAP langsung tidak peduli tentang masyarakat luar bandar yang mereka jangkakan bukan dari kaum Cina. DAP hanya memikirkan tentang kaum Cina yang menjadi majoriti penduduk bandar yang mana telah mempunyai segala-gala yang diperlukan dari segi pembangunan dan infrastruktur. Ini hanya menguatkan lagi hakikat bahawa DAP adalah parti rasis dan ia akan kekal begitu. Memahami hakikat ini, rakyat Malaysia harus bertanya diri sendiri akan soalan-soalan berikut, Bagaimana sebuah parti rasis mampu bertindak adil dan saksama apabila mereka hanya memikirkan tentang kaum Cina dan bagaimana menjadikan kaum Cina yang kaya semakin kaya? Apa akan terjadi kepada masyarakat luar bandar dan pedalaman jika DAP menjadi kerajaan Malaysia? Bagaimana Malaysia boleh menjadi lebih baik di bawah DAP jika ketegangan kaum terus meningkat?

7. Bolehkah kita mengecapi keamanan jika semua kaum terus menyasar, menyalahkan dan menuding jari antara satu sama lain di bawah kepimpinan DAP? Bagaimana kaum Cina boleh terus maju jika mereka sentiasa menjadi sasaran syak wasangka kaum lain sebagai chauvinis dan rasis? Kesimpulannya, kaum Cina harus membuktikan yang mereka bukan chauvinis dan rasis sepertimana yang ditonjolkan oleh DAP. Dan kaum Cina hanya boleh membuktikannya dengan cara menolak DAP dalam Pilihanraya yang akan datang.


sumber: http://azlishukri.blogspot.com

No comments:

Leave a Reply