Thursday, April 21, 2011

Hangat: PAS Pilih BN...



SHAH ALAM – Sikap pemimpin Pas yang tidak komited dalam rancangan 16 September menyebabkan pelan ke Putrajaya oleh pakatan pembangkang mengalami kegagalan. 

Penganalisis politik, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, sikap pemimpin tertinggi Pas yang ‘longlai dan lesu’ Barisan Nasional (BN) menggunakan isu itu menghentam Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Selagi PR tidak memerintah, sistem dua parti tidak dapat dilaksanakan kerana ia dapat diwujudkan apabila dua parti memerintah persekutuan,” katanya kepada Sinar Harian semalam. 

Dalam Pas katanya, hanya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang komited dengan pelan PR itu. 


“Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ‘kawan-kawan’ tidak komited dalam rancangan 16 September. Anwar memang tidak akan jawab soalan kegagalan rancangan PR kerana ingin membiarkan rakyat membuat telahan sendiri,” katanya. 

Abdul Aziz berkata, Pas perlu melakukan anjakan untuk berdepan dengan suasana politik semasa. 

“Jika Pas masih di takuk lama, mereka hanya kekal sebagai pembangkang tetapi tidak akan menang malah mereka sebenarnya adalah duri dalam daging PR. 

“Kepimpinan berubah atau tidak, itu terpulang kepada ahli untuk menilai kerana perubahan dalam kepimpinan dibenarkan yang bukan dihadkan kepada golongan tertentu sahaja,” katanya. 

Menurutnya, perubahan itu adalah untuk rakyat yang perlu melihat Pas sebagai alternatif menggantikan BN sebagai kerajaan. 

Sebelum ini, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan membidas Abdul Aziz berhubung kenyataan bahawa Abdul Hadi dilihat sebagai liabiliti kepada Pas dalam sebuah portal berita. 

Nasrudin menegaskan Abdul Hadi masih layak menerajui selepas membawa pelbagai pembaharuan kepada parti

2 comments: