Monday, May 9, 2011

Allah tidak Redha...!!!???



Mengimbau kembali sejarah kejatuhan empayar Anwar Ibrahim dalam UMNO memberikan aku idea untuk menukilkan entry ini. Sama-sama kita fikir dan mengambil iktibar.

Bemula dengan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden UMNO dan segala jawatan dalam kabinet dan kerajaan sebenarnya telah menyerlahkan siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya. Anwar menyamar dengan dahulunya muncul dengan pelbagai wajah(tengok sini). Seorang yang berimej Islam dan bersih yang diyakini akan menjadi Perdana menteri terbaik dalam sejarah Malaysia.

Namun kita merancang dan Allah juga merancang dan perancangan Allah itu lebih utama. Sejak kejatuhannya satu demi satu rahsia kegiatan hitamnya mula terbongkar. Adakah segala pendedahan dan segala apa yang berlaku dirancang oleh UMNO. Sudah tentu tidak kerana segala apa yang berlaku adalah ketentuan dan takdir Allah yang telah berada di dalam perancangan Allah Yang Maha Esa.

Ketika di penjara Anwar mendakwa dirinya dianiaya sehingga sakit tulang belakang, cuba dibunuh kononnya dengan racun arsenik dan virus HIV. Kalau semua itu memang berlaku sudah lama Anwar bergelar arwah.

Disebalik kes liwat yang pertama kini muncul pula kes liwat yang kedua. Belum pun selesai dengan kes liwat yang kedua muncul pula cerita video seks yang jelas dan nyata memaparkan aksi porno tersebut. Yang mana dalam kedua-dua isu tersebut Anwar cukup melenting apabila ditanya dengan 3 perkara iaitu:

1) Sumpah mubahalah.
2) Ujian DNA.
3) Jam OMEGA.

Jika betul dia tidak bersalah apa perlu takut kepada tiga perkara di atas berika sahaja kerjasama untuk meyelesaikan segala kemelut tersebut.

Apa yang pasti Anwar mungkin boleh menipu para penyokongnya dan Anwar tidak boleh menipu Yang Maha Mengetahui.

Sesungguhnya UMNO itu sebuah parti yang dirahmati kerana sepanjang penubuhannya Islan menjadi tonggak utama dalam perjuangan walaupun ada kekurangan namun usaha untuk berubah sentiasa ada demi kelestarian kuasa orang Melayu Islam yang diamanahkan oleh Allah kepada UMNO.

Tidak seperti PAS dan PKR yang terang-terang menjadi sekutu kepada parti yang sememangnya menjadi musuh Islam dari dulu lagi iaitu DAP. PAS yang dulu musuh utama DAP kini menjadi sekutu DAP dan sanggup mengenepikan kononnya prinsip perjuangannya sendiri demi hasad dan dengki untuk menjatuhkan UMNO sebuah parti yang sentiasa dalam rahmat Allah.

Kerana Anwar dan PAS lah Islam dipermainkan dan Melayu berpecahbelah sehingga kini. Kerana merekalah kuasa Melayu Islam semakin terhakis. Ayuh ketepikan petualang dan pengkhianat agama, bangsa dan tanah air ini dari terus bermaharajalela.

Sesungguhnya Allah merahmati negara ini dan Allah tidak redha Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ikuti laporan di bawah:


BATU PAHAT 8 Mei - Musibah yang menimpa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak disingkirkan daripada kerajaan sehingga sekarang adalah petunjuk bahawa Allah tidak reda beliau menjadi Perdana Menteri.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, semua kejadian itu perlu direnungi oleh rakyat kerana segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya.

"Ini semua menunjukkan Allah tidak reda Anwar menjadi Perdana Menteri. Banyak petunjuk yang diberikan tetapi kenapa masih ada kumpulan yang fanatik dan taksub dengannya?
"Mengapa sampai sekarang masih ada lagi yang tidak nampak (kebenaran)," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua bahagian itu, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan timbalannya, Ayub Jamil.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, rakyat perlu sedar dan tidak lagi diperbodohkan dengan sikap Anwar yang 'depan cakap lain, belakang cakap lain'.
Sementara itu Mohd. Puad berkata, DAP kini adalah musuh utama UMNO dan negara kerana kerap mencetuskan huru-hara dan kegelisahan antara kaum.

Menurutnya, parti itu akan memainkan apa sahaja isu yang boleh menguntungkan mereka tanpa memikirkan kesan kepada negara.
"Mereka akan timbulkan kegusaran dalam kalangan orang bukan Melayu dan kemudian melarikan diri. Mereka tidak mahu negara ini aman dan sentiasa mewujudkan ketegangan," katanya.
Katanya, semua itu dilakukan untuk kepentingan politik mereka selain memperalatkan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memastikan matlamat 'sempit' parti itu tercapai.

PS; Ya Allah selamatkanlah Malaysia daripada pemusnah AgamaMu, bangsa dan tanahair kami yang tercinta... Amin...

No comments:

Leave a Reply