» » » » PAS Semakin DAYUS - Hasan



KUALA LUMPUR 12 Ogos - Tindakan pemimpin Pas termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi pelbagai hujah serta dalil bagi mewajarkan penghinaan Karpal Singh dalam isu hudud menunjukkan parti itu kini dayus.

Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohamad berkata, perbuatan itu juga umpama 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong' sedangkan Karpal kekal dan tidak pernah berganjak daripada pendiriannya.

Sambil melahirkan kekecewaan, beliau berkata, kebiadaban Karpal termasuk menggesa bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas memberi kuliah kepada pemimpin Pas dalam isu hudud adalah disebabkan kelemahan parti itu sendiri.

"Isunya sekarang kenapa pemimpin-pemimpin Pas ini begitu beria-ia mencari hujah untuk mempertahan Karpal? Apakah benar pemimpin Pas kini sudah boleh menerima penghinaan daripada DAP semata-mata demi politik?

"Sebab itu dalam surah al-maidah, Allah berpesan kalau hendak berkawan dengan bukan Islam berhati-hati kerana mereka sentiasa berusaha untuk memalingkan kamu. Apa yang berlaku kepada Pas sekarang sudah jelas."

"Tindakan ini jelas menunjukkan Pas bukan sahaja tunduk kepada Dap dalam isu hudud dan negara Islam tetapi mereka menggadai satu demi satu prinsip perjuangan," katanya.

Semalam, karpal meminta Salleh yang juga ahli serta bekas wakil rakyat Pas memberi kuliah kepada pemimpin parti itu mengapa hukum hudud dan hasrat menubuhkan negara Islam tidak boleh dilaksanakan di negara ini.

Mengulas lanjut, hasan berkata, hujah pemimpin Pas termasuk Abdul Hadi sendiri yang mendakwa kerajaan Barisan nasional (BN) lebih teruk berbanding DAP dalam isu penolakan hudud tidak tepat dan boleh dipersoalkan.

"Apakah kerajaan hari ini lebih teruk daripada kafir harbi? Apakah membina masjid, sekolah agama serta menyemarakkan dakwah Islam itu satu kejahatan sehingga mereka menganggap DAP lebih baik dari kerajaan hari ini," soalnya.

Dalam pada itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad pula berkata, Pas kini tersepit kerana perjuangan mereka bukan lagi bermatlamat menubuhkan negara Islam sebaliknya sekadar cuma mahu menjatuhkan BN.

Jelasnya kerana itu Pas terpaksa memainkan semula isu hudud dan negara Islam demi meraih semula sokongan Melayu tetapi dalam keadaan mereka hanya menjadi pak turut kelemahan parti berkenaan semakin ketara.- utusan

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply