» » » » Negeri Berkebajikan PAS hanya RM8.40 – Siri I


Tawaran awal manifesto PAS Terengganu menggariskan 10 perkara, termasuk janji bulanan untuk memberi bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik (rumah tangga) yang bermeter individu.
Huraian 10 manifesto itu langsung tidak menyebut perkataan berkebajikan atau kebajikan. Istilah itu hanya terdapat pada slogan janji berkenaan iaitu ‘Negeri Berkebajikan’.
Betul apa yang dikata, PAS lebih pentingkan slogan atau propaganda yang mampu menaikkan semangat penyokong tegar mereka berbanding pelan pembangunan untuk rakyat.
Apakah dengan tawaran 20 meter padu air percuma bernilai RM8.40 sebulan itu, PAS mahu memberitahu orang kampung bahawa parti itu sudah mula ambil berat tentang kebajikan rakyat?

 Adakah dengan memberi subsidi air percuma RM8.40 sebulan atau RM100.80 setahun kepada rakyat Terengganu yang miskin tegar hingga kepada yang kaya raya, PAS mahu membina Negeri Berkebajikan lebih daripada BN?



Adakah ahli korporat, doktor, peguam, jurutera, arkitek dan ahli perniagaan yang bergaji belasan atau puluhan ribu sebulan rasa terbeban dengan bayaran bil air yang hanya berjumlah RM8.40 sebulan itu?
Mungkinkah ADUN PAS Batu Burok atau ADUN PAS Ladang yang memiliki rumah besar dan kereta mewah tidak mampu membayar bil air semurah RM8.40 sebulan?

Fakta yang diperolehi daripada Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), harga air bersih terawat di Terengganu merupakan antara yang paling murah di Malaysia iaitu 42 sen bagi satu meter padu.

Tarif air itu tidak dinaikkan sejak 15 tahun lalu walaupun pada ketika ini, ia patut dijual dengan harga 51 sen bagi satu meter padu, setelah mengambil kira kos operasinya.

Kerajaan Terengganu tanggung kerugian 9 sen bagi setiap meter padu. Bercakap mengenai kebajikan rakyat, Kerajaan BN sebenarnya sudah prihatin kepada rakyat sejak 15 tahun lalu, bukan selepas PRU ke-13 yang mahu dilakukan PAS.

Pemimpin PAS seperti Pesuruhjayanya, Abdul Wahid Endut atau Timbalannya, Satiful Bahri Mamat atau Dr. Alias Razak perlu ‘membaca buku’.

Jika tidak Kerajaan BN yang berusaha menyediakan kemudahan asas, air bersih untuk rakyat sudah tentu pemimpin parti itu tidak ada apa-apa yang mahu dijanjikan bagi meraih undi pilihan raya.

PAS di Terengganu lebih untung berbanding Nik Abdul Aziz Nik Mat, Husam Musa atau ‘manusia’ PAS lain di Kelantan kerana air bersih yang disediakan Kerajaan BN kepada rakyat boleh dijadikan komoditi politik oleh parti itu.


Berbanding pemimpin PAS di Kelantan yang takut untuk bercakap soal air bersih di negeri itu, bimbang menimbulkan kemarahan rakyat.

Dalam erti kata lain, PAS Terengganu hanya perlu ‘sapu kaki’ kerana segala prasarana kemudahan air untuk rakyat telah dan sedang disediakan dengan teratur oleh Kerajaan BN Terengganu.
Mungkin Pemimpin PAS seperti Dato’ Mustafa Ali atau Dato’ Abu Bakar Chik boleh menjawab, berapa harga tarif air bersih yang dijual oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan Pulau Pinang?

Lebih 20 tahun PAS memerintah Kelantan, adakah rakyat negeri itu mendapat bekalan air percuma atau air keruh berkarat?
Pengarang akhbar Harakah mungkin boleh war-warkan air percuma yang berselut boleh didapati di Kelantan secara percuma di sungai, kolam, alur atau tasik.

Untuk Rakyat, Jimat Bil Air RM8.40 Sebulan
Derma Rakyat Kepada Parti PAS Berapa?
5 kali Ceramah x RM10 = RM50
10 kali Ceramah x RM5 = RM50
15 kali Ceramah x RM2 = RM30

Bukan niat mahu menghina rakyat Kelantan, tetapi pemimpin PAS akan salahkan orang lain termasuk UMNO dan BN jika mereka tidak mampu lakukan apa yang rakyat harapkan dari sebuah kerajaan.
Di Selangor contohnya, janji Pakatan Rakyat hanya tinggal janji. Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim pula menagih air Tasik Kenyir di Hulu Terengganu.

Malah, Kerajaan PAS Kelantan pernah memohon Kerajaan Terengganu membekalkan air bersih ke jajahan Pasir Putih di negeri itu. Bukti PAS tidak mampu jaga kebajikan rakyat, lebih 20 tahun memegang kuasa.

Sumber daripada SATU turut menyebut, syarikat itu mengalami defesit pendapatan selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2009, 2010 dan 2011 disebabkan kos pengurusan yang meningkat.
14 buah logi pemprosesan air di seluruh negeri dan kos penggunaan elektrik 24 jam serta harga bahan kimia yang makin meningkat.

Memang betul kata penyokong PAS, air turun dari langit tetapi SATU membayar bil elektrik berjumlah RM30 juta pada tahun 2011 hanya untuk memproses air bersih dan dijangka meningkat kepada RM33 juta pada 2012.

Walaubagaimanapun, SATU masih menanggung tunggakkan bayaran bil air sehingga hujung tahun 2011 berjumlah RM14 juta.

Kerajaan BN Terengganu begitu banyak bertolak ansur demi menjaga kebajikan rakyat, bukan sekadar slogan dan ceramah palsu bersulamkan retorik seperti pemimpin PAS!
Bukan itu sahaja, puluhan juta perlu dibelanjakan setiap tahun oleh kerajaan negeri bagi membaiki dan menukar paip-paip lama yang sudah lama dan usang, berusia antara 15 hingga 25 tahun.
Hanya kerana air bersih untuk rakyat, kerajaan negeri terpaksa berhutang kira-kira RM40 juta pada tahun lalu untuk tujuan itu. Adakah semua fakta ini ada dalam pengetahuan ADUN-ADUN PAS seperti Mohd Nor Hamzah dan Wan Hassan Mohd Ramli.

Pihak SATU memberitahu, 60 peratus paip-paip air di seluruh Terengganu masih lama dan dalam proses penggantian secara berperingkat walaupun kosnya semakin meningkat.
Atas faktor itu juga, kadar kehilangan air dicatatkan 32 peratus pada tahun 2011 berbanding 36 peratus pada tahun 2010, satu peningkatan prestasi kerja oleh pihak SATU, Tahniah!

Sehingga Mac 2012, jumlah akaun pengguna domestik berjumlah 210,692 di seluruh Terengganu. Bermakna, Kerajaan Terengganu perlu memberi subsidi kira-kira RM1.77 juta sebulan atau lebih RM21.23 juta setahun bagi memberi 20 meter padu air percuma sebulan.

Dalam keadaan Kerajaan Terengganu masih perlu berhutang puluhan juta setahun untuk menukar paip-paip air, pemimpin PAS menjanjikan kepada rakyat ‘Pesta Air’ jika parti itu menang pada PRU ke 13.
Dalam suasana SATU mengalami defesit pendapatan, kos operasi meningkat dan ‘bisnes’ air bersih yang rugi, pemimpin PAS pula berjanji untuk menambah liabiliti syarikat itu.
Kebajikan kepada rakyat bukan bermakna memberi 20 meter padu air percuma, tetapi menyediakan kemudahan bekalan air bersih yang selamat untuk generasi hari ini dan akan datang.

Oleh itu, pemimpin PAS jangan sewenang-wenangnya menabur janji demi kepintingan politik mereka.
Berjanji cukup mudah, sampai satu ketika BN dan UMNO akan dipersalahkan kerana mereka tidak mampu tunai janji.
Ini satu manifesto awal PAS yang mahu penulis perkatakan. Sembilan lagi janji PAS, akan diulas dalam siri seterusnya.

Sumber: terengganutoday.com

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply