Thursday, March 7, 2013

Menjawab soalan Bodoh: Kenapa naik Air Asia???



Saya benar-benar kesal dengan sikap pembangkang di negara ini apabila menuduh kementerian pertahanan menggunakan kroni kerana menggunakan AIR ASIA untuk menghantar pasukan tentera kita ke SABAH. Malah tuduhan seperti kapal terbang tak boleh guna lah. Guna buat benda lain lah. Ya Allah, sakit hati mendengar dan membacanya.

Tolonglah, kalau setakat duduk depan komputer tu tak payah berlagak pandai sangat. Toksah lah tunjuk jahil sangat.

Sebab pertama kenapa AIR ASIA digunakan ialah, pesawat komersial boleh memuatkan lebih ramai orang berbanding Charlie, saya juga pernah naik CHARLIE (peswat pengangkut tentera) dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak - memang padat walaupun kami memang tak ramai.

Kedua, kalau menggunakan pesawat tentera lebih lambat sampai sehingga 4JAM, (boleh rujuk bila jenazah dibawa dari Sabah) walaupun boleh dipendekkan sehingga 2 JAM jika menggunakan pesawat komersial.

Ketiga, mungkin pesawat tentera yang ada guna untuk angkut barang tentera dan sebagainya

Kenapa AIR ASIA bukan MAS?

Menurut sumber, memang ada kontrak antara MINDEF dan AIR ASIA dan AIR ASIA sendiri memang nak hantar bantu menggunakan peswat mereka.- boleh rujuk tweet TONY FERNANDES

Jangan tak tahu, mana-mana negara pun akan guna pesawat komersial terutama US untuk hantar ke Iraq.


Klik SINI

No comments:

Leave a Reply