Thursday, March 7, 2013

Misuari desak PBB campur tangan...



Keadaan di Borneo semakin mengelirukan apabila Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) untuk membuat campurtangan dan memulakan rundingan-rundingan antara Malaysia dan Rejim Sulu, tetapi pada masa yang sama, menyeru supaya kerajaan Filipina dikecualikan dalam rundingan yang bakal dibuat.

Yang amat mengelirukan sekali kerana Nur Misuari telah mendesak Najib supaya berhenti hantar tentera ke Sabah kerana dia (Nur Misuari) dan pengikutnya merupakan pemilik mutlak Sabah dan SARAWAK. Dia berkata kedua-dua negeri Malaysia di Borneo tersebut merupakan hartanah asal moyangnya.

Setahu saya, Sarawak satu masa dahulu merupakan sebahagian daripada Empayar Brunei. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah yang bermula pada tahun 1485, empayar ini dijulang kepada taraf ‘Golden Age’ sehingga dapat menjadi salah satu daripada kuasa di Kepulauan Melayu. Saya amat kagum dengan Sultan Bolkiah kerana beliau sering merantau untuk mencari idea-idea baru yang akan dikaji secara terperinci sebelum melaksanakannya dalam wilayahnya. Dengan adanya sultan yang mulia sebegini, Brunei berkembang pesat menjadi empayar yang luas sehingga berjaya memegang hampir semua Borneo dan beberapa bahagian Filipina, terutamanya kepulauan Mindanao. Pada pendapat saya, Nur Misuari sedang mengisytiharkan bahawa dia adalah salah satu dari turun temurun Kesultanan Borneo.

Kalau benarlah kenyataan Nur Misuari, jadi Malaysia sepatutnya serahkan kembali Sarawak kepada Nur Misuari. Saya amat kecewa dengan Najib Razak kerana gagal memberitahu Nur Misuari bahawa pada tahun 1841, semasa pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddien II, Kesultanan Brunei telahpun menyerah Sarawak kepada James Brooke, sebagai ganjaran kerana telah membantu kesultanan tersebut berperang dengan lanun dan pemberontakan. Jadi di sini, Sarawak sebagai Kesultanan Brunei telahpun terjunam menjadi Kingdom of Sarawak dibawah naungan (protectorate) British. Yang juga bermakna, disini Kesultanan Brunei tidak mempunyai apa-apa hak untuk mengambil Sarawak semula. Dan tibalah masanya pada tahun 1946, naungan berusia 105 tahun ini menjadi jajahan, sehinggalah tahun 1963, apabila Sarawak menyertai Persekutuan Malaya dalam pembentukan Malaysia.

Maaf, Nur Misuari, Sarawak merupakan kawasan dalam kedaulatan Malaysia sekarang. Bukan Kesultanan Brunei lagi, atau Rejim Sulu. Begitu juga dengan Sabah, jika kita kaji berkenaan dengan negara tersebut, memang benar Bahagian Timur Sabah pernah menjadi kawasan Kesultanan Sulu, kerana bantuan yang diberi kepada Sultan Muhyiddin semasa Perang Saudara Borneo yang berlangsung selama 13 tahun. Tetapi, hanyalah bahagian Timur sahaja.

Biar saya terang secara sepenuhnya. Pada tahun1848, British menjadikan Labuan sebagai tanah jajahan selepas mendapatnya dari Sultan yang sama, Omar Ali Saifuddien, dua tahun sebelumnya. Kesultanan Sulu juga pernah membuat perjanjian bersama Syarikat Hindia Timur Inggeris dalam usaha British untuk menjadikan pusat perdagangan, tetapi gagal. Kemudiannya, wujud usaha demi usaha, sehinggalah hak milik Borneo Utara jatuh ke tangan Alfred Dent dan pada tahun 1882, termaktubnya perkembangan mutlak jajahan British yang menukar Sabah menjadi ‘North Borneo, Protectorate of United Kingdom’, dan Sandakan sebagai ibu negeri pada tahun 1883.

Kemudian wujud mula masalah antara British dan Sepanyol, tetapi Protokol Madrid 1885 telah mengisytiharkan kedudukan dan kedaulatan Sepanyol di Kepulauan Sulu, tetapi pengekalan North Borneo sebagai naungan British.

Sabah, dibawah North Borneo, juga tumpas ke tangan Pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Jadi mudah saya hendak sampaikan disini, Rejim Sulu yang kini sedang menjadi pengganas dan penjajah sudah kehilangan hak dan kedaulatan. Sabah adalah hak milik Malaysia. Dan kenyataan Misuari benar-benar menunjukkan penipuan yang besar apabila dia berkata dia hanya mahukan keamanan, tetapi pada masa yang sama, telah mencetus kematian yang agak besar dalam mata rakyat Malaysia. Dan jawapan saya untuk kenyataannya, ‘konflik sabah boleh diselesaikan secara persaudaraan ... untuk kepentingan terbaik semua orang’, KELUAR DARIPADA SABAH.

Kami tidak akan lepaskan Sabah dan Sarawak. Anda telah kehilangannya semasa British dahulu. Sila isytiharkan perang kepada United Kingdom sebelum mengganggu ketenteraman kami.

fb: Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad

No comments:

Leave a Reply