Sinar Harian hari ini, 25 April 2013, menyiarkan satu wawancara dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bakal bertanding di Gelang Patah Johor dalam PRU-13. Secara dasarnya, Kit Siang agak ‘realistik’ dalam memperkatakan soal peluangnya di Gelang Patah, soal menunaikan janji dan juga PR menjadi kerajaan yang lebih baik dari BN. Bagaimanapun, kenyataan Kit Siang bahawa PR mempunyai kesedaran politik untuk membanteras korupsi yang mana tidak ada pada BN, menyebabkan kita merasa geli hati. Mungkin Kit Siang lupa bahawa Mendiang Teoh Beng Hock berada di pejabat SPRM bukan kerana membuat lawatan sambil belajar tetapi kerana menjadi saksi kes korupsi yang melibatkan pemimpin DAP. Kit Siang juga mungkin terlupa sekejap bahawa bapa dan sanak saudara serta kaum kerabat termasuk gundik-gundik dan anak-anak ikan Ketua Umum PR, iaitu Anwar Ibrahim, kaya raya dalam sekelip mata sejurus Anwar menjadi Menteri. Kit Siang juga mungkin kurang faham bagaimana berekar-ekar tanah di Kelantan boleh menjadi milik pemimpin DAP dari Perak. Mungkin ini semua bukan korupsi bagi Kit Siang, tetapi hak asasi pemimpin-pemimpin PR yang tidak boleh dipersoalkan sesiapa. Namun, apa yang paling menarik dalam wawancara tersebut, bukanlah soal kenyataan Kit Siang mengenai korupsi, tetapi soal yang jauh lebih asas iaitu tentang ‘Siapakah bakal Perdana Menteri PR?’ Reaksi Kit Siang kepada soalan ini mengingatkan kita kepada reaksi Anwar apabila ditanya tentang orientasi seksnya. Sama seperti Anwar dalam menangani soalan mudah itu, Kit Siang juga sukar sekali menjawab siapakah bakal PM bagi PR. Dengan susah payah dan panjang lebar, Kit Siang menjawab seperti berikut: “Perkara ini sudah mendapat persetujuan dan persefahaman antara pucuk pimpinan DAP, PKR dan PAS malah ia tidak perlu diberitahu umum. Masalah utama kita harus fikir adalah mampukah kita menang dengan majoriti selesa pada PRU-13 ini. Mungkin 45 kerusi PKR, 40 kerusi PAS dan 40 kerusi DAP. Ia sangat seimbang dan kemudiannya kita lihat siapa jadi Perdana Menteri”. Kenyataan Kit Siang seolah-olah berbunyi, ‘soal siapa Perdana Menteri itu urusan kami, bukan rakyat’. Sedangkan, rakyat perlu tahu siapa bakal Perdana Menteri sebelum mengundi sebagai kepastian bahawa nasib mereka dan negara ini berada dalam tangan orang yang layak. Malah, penyokong DAP sendiri tentu gusar jika Hadi Awang menjadi Perdana Menteri dan memaksa hukum hudud digunapakai dalam negara. Penyokong PAS pula sudah mula menolak Anwar sebagai Perdana Menteri atas sebab akhlak yang terlalu buruk serta pegangan pluralismenya. Sementara itu, rakyat Malaysia secara umumnya juga tidak mungkin menerima Kit Siang sebagai Perdana Menteri kerana sifat rasis tegar yang berakar umbi di dalam salur darah keturunannya. Kalau pun Perdana Menteri PR bukan terdiri dari mana-mana personaliti yang disebut di atas, rakyat masih perlu tahu siapakah dan dari parti manakah beliau. Ini kerana ketiga-tiga parti iaitu DAP, PAS dan PKR mempromosi cara pemerintahan yang amat bertentangan. Rakyat juga perlukan kepastian bahawa sekiranya mereka memberi kemenangan kepada PR, maka tidak akan ada perbalahan tentang cara pemerintahan mahupun perebutan jawatan Perdana Menteri yang berpanjangan. Tidak cukup dengan hanya berjanji bahawa PR akan dapat menyelesaikan perbalahan dan perebutan jawatan itu dalam masa yang singkat selepas memenangi PRU kerana ia merupakan satu persoalan subjektif. Malah ‘masa yang singkat’ itu sendiri merupakan satu persoalan lain pula. Rakyat perlukan kepastian yang kehidupan mereka tidak akan terjejas sementara perbalahan dan perebutan jawatan itu berlangsung. Jika Kit Siang gagal melihat soal ‘siapa Perdana Menteri’ sebagai sesuatu yang penting, maka Kit Siang sebenarnya tidak layak menjadi seorang ahli politik pun. Lebih-lebih lagi apabila Kit Siang juga boleh jadi antara ‘calon Perdana Menteri’ itu. Justeru, bagaimanakah PR boleh meyakinkan rakyat bahawa bakal PM nanti bukanlah seorang yang tidak faham akan kepentingan ‘institusi Perdana Menteri’ itu sendiri?
"Tak Boleh Dah Kata Quran itu Kitab Suci.." - Noran Zamini
-
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang
membimbangkan umat Islam muncul. Ini antaranya. Saksikan huraian dan
penjelasannya..
5 years ago
No comments: