24 april 13-Penasihat PKR malam ino cuba menggambarkan seolah - olah pakatan pembangkang sempurna dalam segala segi apabila menyifatkan pilihanraya kali ini melibatkan pertembungan akidah dan nilai.
Diselitkan dengan pelbagai kecaman ke atas pemimpin umno dan BN, Anwar mendakwa pemimpin BN mengalami masalah akidah kwrana terlibat dengan rasuah serta kronisme.
"Ada projek Petronas dan yang lain bagi pada abang dan adik, inilah akidah orang BN yang cukup teruk... rakyat perlu mengubahnya selain menurunkan harga minyak dan hapuskan PTPTN.
"Pilihanraya kali ini pertembungan akidah dan nilai bukan seperti BN yang ambil semua dan mengambil rasuah serta membebankan rakyat. Akidah islam bukan hina dan cerca orang merata tempat, itulah teruknya UMNO sekarang ini," katanya dalam ceramah di Parit Raja.
Beliau turut mendakwa, pemimpin BN mengamalkan kronisme dalam menjalankan urusan kerajaan serta bertindak secara tidak adil terhadap rakyat.
Dalam keghairahan menyerang pemimpin UMNO dan BN, Anwar langsung tidak menjawab pendedahan beberapa blog tentang kekayaan luar biasa yang dimiliki bapa dan adik beradik nya ketika beliau berada dalam kerajaan.
Anwar juga tidak menyentuh tentang organisasi parti itu yang dikuasai oleh beliau anak beranak.
Selain beliau, isterinya Wan Azizah adalah Presiden parti manakala anak mereka Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR.
Anwar turut memfitnah UMNO apabila mengatakan masalah DAP yang tidak mendapat pengiktirafan daripada ROS merupakan kerja BN.
"ROS ambil keputusan batalkan logo DAP tiga hati sebelum penamaan calon, selepas bincang dengan PAS kami setuju bagi guna lambang bulan di Semenanjung dan pkr di Sabah dan Sarawak.
"Begitu juga pertindihan calon yang telah diselesaikan kerana saya dan Hadi juga perlu serah borang pada hari penamaan calon," katanya bagi menutupi perbalahan kerusi yangvyelah berlanjutan selama beberapa hari sebelum pernamaan calon.
Bagi mendapatkan keyakinan penduduk, Anwar sekali lagi mengulangi skrip pilihanraya 2008 dengan berjanji untuk menurunkan harga minyak jika pembangkang memerintah.
Calon Permatang Pauh itu kemudiannya meninggalkan lokasi ceramah dengan tindakan yang mengejutkan penduduk apabila pengawal peribadi nya sanggup berlari sejauh lebih 200 meter bagi mengawal kereta yang dinaiki beliau.
No comments: