Najib munafik?- Ahli UMNO tolong Jawab!!!
Keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dilihat sebagai satu langkah yang berpandangan jauh dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara.
Presiden PPP, Tan Sri M. Kayveas berkata, semua pemimpin BN seharusnya menyambut baik keputusan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 Khamis lalu.
“PPP memberi sokongan penuh terhadap langkah itu kerana kami percaya ketua sentiasa membuat keputusan yang betul,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung PPP Ke-61 yang dirasmikan Perdana Menteri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Sementara itu, Kayveas memberitahu, rakyat mesti menolak mana-mana pemimpin politik yang memainkan sentimen perkauman semata-mata untuk mempopularkan diri sendiri.
Menurut beliau, mereka tidak sepatutnya mempercayai pemimpin politik yang gila kuasa dan mempunyai kepentingan peribadi.
Katanya, banyak perkara positif yang boleh diketengahkan termasuk sikap toleransi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama.
Pengekalan Anta Hasutan sepatutnya dipandang dari sudut yang positif oleh semua pihak. Cuba lihat mengapa Singapura sebuah negara yang begitu disayangi oleh pakatan terutamanya DAP masih mengekalkan ISA, sudah semestinya kerana ia amat penting. Begitu juga dengan Amerika Syarikat juga ada undang-undang yang seumpamanya bagi mengekang perkara-perkara yang boleh merosakkan negara berkenaan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa dalam Akta Hasutan ada melindungi beberapa perkara dalam Perlembagaan Negara yang berkait rapat dengan kepentingan Melayu, bumiputra dan Islam itu sendiri.
Kepada orang Melayu Bumiputra sebelum terpengaruh dan terikut dengan dakyah kepentingan tertentu mereka yang tidak bertanggungjawab, seharusnya mengkaji apa yang tersurat dan tersirat di sebalik pengekalan Akta Hasutan oleh kerajaan.
No comments: