» » » Hassan Sunny jadi bahan lawak...


Kini, sesiapa sahaja yang mahu jadi ahli sukan perlu beringat bahawa sebaik sahaja mereka memilih memasuki bidang ini maka bersedialah untuk dihentam jika prestasi merosot atau melakukan kesilapan hingga jadi penyebab kekalahan pasukan.
Terbaharu, penjaga gol Singapura,  Hassan Abdullah Sunny yang melakukan kesilapan hingga menjadi antara punca kemenangan Malaysia ketika menentang negaranya bagi menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014 , baru-baru ini, kini jadi bahan kutukan dan modal lawak di kalangan netizens.
Imbas kembali kejadian semalam, penjaga gol Singapura dipercayai terlalu bersemangat mahu membantu pasukannya menjaring gol penyamaan kerana wisel penamat dah hampir sangat ditiup hingga dia tidak berada di gawang gol pada minit terakhir perlawanan.
Padahnya, gawang Singapura dibolosi bola hasil tendangan Indra Putra sekaligus mencatat kemenangan Malaysia 3-1.
Sebaik tamat perlawanan mendebarkan ini, maka bertebaranlah status-status dan gambar beserta kapsyen mempersendakan tindakan penjaga gol Singapura tersebut di laman-laman sosial.
Paling hangat, lagu dendangan Taufik Batisah “Awak Kat Maner?” paling banyak dijadikan modal mengutuk. - sumber



About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply