» » Mahathir Semakin Jauh Menyimpang


Siapa yang tidak kenal Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia ke empat dan digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Menjadi Perdana Menteri selama lebih 20 tahun menjadikan beliau seorang yang paling lama setakat ini memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Beliau dikagumi kerana dikatakan banyak berjasa kepada negara kerana banyak kemajuan yang dibuat dizaman beliau menjadi Perdana menteri. Siapa yang tak pernak dengar dengan Menara Berkembar Petronas atau Menara KLCC, Litar Lumba F1 di Sepang, Siapa pula yang tidak kenal dengan PROTON, pengeluar kereta pertama membawa bendera Malaysia. Ketika eranya nama Malaysia disegani di seluruh dunia.

Selain dari itu banyak lagi sumbangannya kepada negara sehinggakan beliau merupakan antara tokoh yang amat saya kagumi dan segani.

Di sebalik semua itu, ada banyak perkara yang menjadi tanda tanya kepada saya apabila timbul banyak isu negatif yang terpalit kepada diri beliau.

Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri pertama yang pernah keluar dari UMNO dan kemudian masuk kembali UMNO. Selepas itu keluar semula UMNO dan tubuh parti baru kononnya untuk selamatkan Malaysia. Alasan itu mungkin sedikit boleh saya terima.

Yang pelik bagi saya ialah selepas keluar UMNO dan tubuhkan parti baru, tindakan yang saya tidak boleh terima ialah beliau dengan bangganya dan tanpa rasa segan silu boleh untuk minta tolong dan bekerjasama dengan DAP yang pada ketika beliau menjadi Perdana Menteri, DAP ini bagaikan musuh yang wajib ditentang sehingga titisan darah yang terakhir.

Tapi kini DAP lah yang menjadi tunjang dan tulang belakang kepada parti baharu TUN untuk terus bertapak dan bergantung harap.

Umum tahu DAP lah yang pada satu masa mempertikai dan mempersoal tentang isu Skandal Forex yang menyebabkan negara rugi berbillion ringgit ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Namun selepas Tun menjadi sekutu DAP, pemimpin utama DAP seakan mendiamkan diri apabila ditanya soalan berkait itu skandal forex tersebut.

Mahathir juga sanggup menjilat ludahnya kembali apabla pergi berjumpa dengan bekas Timbalan Perdana Menteri yang dia penjarakan dahulu. Dialah yang memecat Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tapi kini dia mengatakan kerajaan memenjarakan Anwar secara tidak betul. Sedangkan isu ini bermula dengan dia.

Secara umumnya perpecahan dalaman UMNO secara besarnya bermula di zamannya apabila UMNO diharamkan pada tahun 1987 sehingga lahirnya Parti Melayu Semangat 46 yang diketuai oleh tengku Razaleigh Hamzah.

Perpecahan dalaman UMNO pada ketika itu dikatakan berlaku apabila ramai pemimpin senior yang kurang berpuas hati dengan cara Mahathir mengangkat Anwar Ibrahim yang dianggap umpama anak emas beliau sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

Dalam kes liwat Anwar Ibrahim, Mahathir dengan jelas dan lantang mengatakan beliau tidak mahu seorang timbalan yang tidak mempunyai moral yang tinggi.

Dan Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam dan mempunyai nilai ketimuran yang tinggi pastin menolak dan tidak boleh terima seorang pemimpin yang tidak bermoral apatah lagi ianya dilarang dalam ajaran Islam.

Namun kini semuanya itu seolah-olah telah dilupakan oleh Mahathir.

saya beranggapan Mahathir mempunyai agenda peribadi yang tersembunyi yang amat penting sehinggakan beliau sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Dalam isu DoJ dan 1MDB contohnya, Ketua Armada PPBM sendiri yang dedahkan partinya menyumbang jutaan ringgit kepada DoJ untuk mengeluarkan isu yang berkait dengan 1MDB.

Ada orang tanya saya mengapa Tun nekad untuk menyerang kerajaan Najib sekarang. Saya jawab mudah. Mungkinlah apa yang dibuat oleh kerajaan sekarang ini terutamanya melalui 1MDB telah menyebabkan rangkaian kroninya hilang sumber.

Percaya atau tidak sejak 1MDB mengambil alih IPP tarif elektrik kekal tidak berubah sudah lebih lima tahun.

Saya melihat penglibatan bekas tokoh dan orang UMNO dalam parti baharu Mahathir tidak lain dan tidak bukan adalah kerana faktor terhutang budi dan juga ada kepentingan peribadi.

Bagi saya orang sebegini sudah tidak diperlukan dalam UMNO kerana kepentingan individu bagi mereka lebih penting dari kepentingan rakyat dan negara.

Dengan apa yang telah berlaku kepada Tun ini saya melihat Tun sendiri sebenarnya  telah lupa bahkan terlalu  jauh menyimpang.

Terlalu banyak dia cuba untuk mengaibkan orang tapi kini kita melihat satu persatu aibnya telah dibuka. Na'uzubillah...


Mohd Zafpri Daud
AJK UMNO Bahagian Marang.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Marang.


About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply