» » Kisah Seorang Adik Darjah 5 Bertanya Soalan Yang Penting Buat Dirinya, Mungkin Juga Buat Anda Dan Kami Semua


Kisah ini diceritakan oleh Tuan Edi Rozaidi, di dalam pagenya, Shohwatul Al-Fateh.

Ia mengisahkan tentang seorang pelajar darjah 5, menanyakan soalan yang penting, soalan yang jauh lebih matang dari usianya yang masih hijau itu.

Semoga ia menjentik hati dan minda kita semua.



Ini kisahnya:

“Abang, Assalamualaikum.” Tegur seorang budak sambil menarik baju ku.
Mungkin darjah 5 agaknya. Ketot dan comel.

“Waalaikumussalam. Ya dik? Ada apa yang abang boleh tolong?”

“Abang memang selalu ke buat benda-benda ni?”

“Hurmm… benda apa dik?” Aku pun duduk dan ajak dia duduk bersila sekali. Budak ketot ini menarik perhatian aku.

“Benda ni lah. Pergi buat program kat sekolah-sekolah macam yang abang buat sekarang ni kat sekolah saya?”

“Selalu juga la. Boleh abang tahu kenapa adik tanya macam itu?”

“Saya… nak tanya soalan dekat abang boleh? Tapi abang jangan beritahu orang lain dan abang kena simpan rahsia ini. Boleh? Oh, haa… lagi satu… tolong jawab dengan jujur.

Suupppppp… berdesupppp…. bergetar jiwa, terasa lemah dan…

“Boleh, abang jawab mana yang abang mampu ya?”

“Ok.” Budak itu senyum lantas menampakkan keserian tulus mulus dari mukanya. Aku terus senyum juga.

“Saya nak tanya abang, macam mana kita nak ubah jadi baik? Saya ni tak lah baik sangat tapi saya nak ubah jadi baik. Saya rasa macam susah. Dan ada kawan saya kata kalau nak jadi baik kena tunggu dulu bila kita dah besar nanti.”

Allah… satu pengajaran untukku. Budak yang belum baligh, yang suci ini mampu mengeluarkan kata-kata seperti ini.

Aku menarik nafas. Memastikan setiap nikmat oksigen dapat ku rasa. Lalu ku hembus semula. Tempat kem ini memang indah tenang dan mendamaikan. Aku memang saja duduk di kawasan jalan yang menghala ke dewan makan agar dapat aku lihat adik program pergi makan dan dewan sudah kosong.

Aku tengok dewan, dewan memang dah kosong. Suasana hutan yang hening memang terbaik.

Aku pandang semula si ketot ini. Aku pandang terus menerus ke matanya. “Adik umur berapa tahun?”

“11 tahun.”

“Darjah 5 la kan?’

“Yup.”

“Abang kagum dengan adik dan abang percaya adik mampu menjadi orang yang baik. Ok, ini pesan abang. Adik nak berubah jadi baik satu, adik kena cuba lupakan dan tinggalkan segala benda yang tak baik adik buat masa lalu.”
Aku ambil nafas sambil menyusun kata.

“ Kedua, adik boleh mula jadi baik mulai… 3, 2, 1…. Ok mulai sekarang adik kena jadi baik. Budak yang baik dan disayangi orang. Ok?”
Entah kenapa aku menghulurkan jari kelingking kepada budak itu seolah-olah pinky promise.

Budak itu tunduk mendengar ceramah pendek aku. Dia pandang mataku, lalu…. senyuman perlahan-lahan terukir dibibirnya… “ok abang!” lantas dia menyambut jari kelingking ku dengan jari comel kelingkingnya juga.

“Mulai sekarang, abang lantik diri abang menjadi penjaga kebaikan adik ok?”

“Untuk?”

“Agar adik akan terus kekal menjadi baik”

“Wah… Ok abang.”

“Hah bagus-bagus…” aku menggosak kepala budak ketot itu ke kiri ke kanan.

“Dah tot, jom pergi makan. Lepas ni nak solat magrib.”

“Tot? Sapa tot?” muka budak itu pelik.

“Erkk… tak… maksud abang dah jom pergi makan. Kawan-kawan dah tunggu.”

Aku tersengih malu.

“Ok.”

Kami berdiri serentak lalu menuju ke tempat makan.

“Oh ya.. nama adik apa ya?”

“Nama kita (yang terpuji) ”

“Cantik dan sedap nama tu….” Aku senyum. Dalam maksudnya.

……………………………………..” Abang, lepas makan belanja saya aiskrim pak cik motor tu ya? Untuk buat kebaikan harus segerakan..? hehe…”

Cis cis cis utus ku dalam hati. Budak kecil mudah belajar. Orang dewasa jadi mangsa eksperimental

Mereka ingin melihat adakah si dewasa ini cakap serupa bikin. Oh, muhasabah buat ku.

********

“Dik.”

“Ha? Slurrpp..” sambil dia jilat aiskrimnya.

“Adik….” Aku macam ragu-ragu nak cakap.

“Ama abam? (apa abang?)” Balas dia. Ceh, kot iya pun nak balas, tak perlulah cakap masa tengah jilat aiskrim.

Nafsu gaban betul.

“Hurmmm… Ada kakak?”

“Ada….”

Aku senyum….

“….dia atas saya, darjah 6″

Ceh! -.-”

*Cerita tiada kena-mengena sama ada yang hidup atau mati. Fiksyen.

Kredit: Edi Rozaidi, dengan izin.
Kredit gambar: Saya Comel

——————————————————-
Ikuti pelbagai kisah menarik di The Vocket.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply