TRAVERS POLIS REPOT 008226/2014
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khms 09 Okt 2014
(Layari www.zul4kulim.blogspot.com utk butiran lanjut)
Saya telah menerima maklumat bahawa IRF (Islamic Renaissance Front) dengan kerjasama GMM (Global Movement of Moderates) akan mengadakan satu program dipanggil "Diskusi Meja Bulat" membawa tajuk "Tantangan Fundamentalisma Agama Abad Ini".
Program dijadualkan pada 18 Oktober 2014 dari jam 11 am hingga 1 pm di Bilik Persidangan GMM, Tingkat 15, Menara Manulife, Bukit Damansara Kuala Lumpur.
Menurut risalah dan aturcara yang disebarkan, majlis akan dirasmikan oleh Datuk Saifudin Abdullah, Pengerusi GMM dan ucap-utama oleh Dr Ulil Abshar Abdalla dengan intervenor Dr Ahmad Farouk Musa & Prof Tajudin Rasdi.
Mengikut maklumat yg diperolehi daripada pejabat Mufti WP di laman http://www.muftiwp.gov.my/doc/GERAKAN_ISLAM_LIBERAL.pdf, Ulil Abshar Abdalla adalah "pengasas dan koordinator Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL) yang telah membuat kenyataan berikut dalam beberapa media massa yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W., antaranya:
"1. Menurut Ulil, tidak ada yang disebut hukum Tuhan dalam pengertian seperti yang di fahami kebanyakan orang Islam, misalnya hukum Tuhan tentang pencurian, jual beli, pernikahan, pemerintahan dan lain-lain “ (Kompas, 18 November, 2002).
2. “Rasul Muhammad adalah tokoh historis yang harus dikaji dengan kritis sehingga tidak hanya menjadi mitos yang dikagumi saja, tanpa memandang aspek-aspek beliau sebagai manusia yang juga banyak kekurangannya”. (Kompas : 18 November 2002)
3. “Islam – seperti pernah dikemukakan cek Nur dan sejumlah pemikir-pemikir lain – adalah ‘nilai generis’ yang bisa ada di Kristen, Hindu, Budha, Konghucu, Troisme..... bisa jadi kebenaran ‘Islam’ ada dalam filsafat marxisme”. Kompas, 18 November 2002);
4. Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi Islam bukan yang paling benar”. (Gatra, 21 Disember 2002);
5. “Larangan Kawin beda agama bersifat kontekstual.... Pada zaman Nabi, Umat Islam sedang brsaing untuk memperbanya
k umat. Nah saat ini, Islam sudah semiliar lebih. Kenapa harus takut kawin dengan yang di luar Islam “. (Gatra, 21 Disember 2002)
Saya difahamkan bahawa Dr. Ulil Abshar Abdalla telah disenaraikan sebagai salah seorang individu yang merupakan pengasas dan pemimpin Jaringan Islam Liberal di Indonesia yang menganut dan menyebarkan fahaman liberalisme, pluralisme dan sekularisme agama.
Saya difahamkan bahawa fatwa telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa membuat ketetapan fahaman liberalisma dan pluralisma adalah suatu ajaran sesat dan bertentangan dengan Islam. Sila rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/aliran-pemikiran-liberal-hukum-dan-implikasinya-kepada-islam-di-malaysia
Oleh itu saya meminta agar pihak berkuasa termasuk PDRM, JAKIM, Jabatan Agama Islam WP, Jabatan Imigresen dan lain-lain pihak berkuasa mengambil tindakan berikut:
1. Menyiasat IRF, GMM, Datuk Saifudin Abdullah, Dr Ahmad Farouk Musa, Prof Tajudin Rasdi berkaitan penganjuran program ini menurut Seksyen 298A Kanun Kesiksaan dibaca bersama Seksyen 34 KK dan juga dibawah Seksyen 4, 5 & 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WP) 1997 dan/atau mana-mana peruntukkan berkaitan;
2. Melarang dan/ atau menghentikan dengan serta merta penganjuran majlis "Diskusi Meja Bulat - Tengangan Fundamentalisma Agama Abad Ini" saperti yang dijadualkan;
3. Mengeluarkan perintah "persona non-grata" terhadap Dr. Ulil Abshar Abdalla dan melarang beliau daripada memasuki negara ini bagi tujuan itu;
4. Mengambil tindakan pendakwaan dan/ atau apa-apa prosiding berkaitan terhadap mereka yang terlibat dalam penganjuran majlis ini.
5. Menyiasat dalang dan/atau penyumbang dana dan kewangan yang membiayai program ini.
Sekian lapuran saya.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
14 Zulhijjah 1435
09 Okt 2014
Saifudin ABDULLAH ni mcm mana....Umno Buang sajalah dia nih..
No comments: