» » » Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?


Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.

Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

mumia ramses

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.

Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.

Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!

PLEASE "SHARE" SEBANYAKNYA..cerita kebenaran ini jika anda rasa Islam itu Agama Yang Benar..!!

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

54 comments:

  1. Bukan injil yang salah tapi bible...minta admin tolong betulkan fakta ini.
    Injil juga adalah kitab yg diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa kepada Bani Israel.
    Wallahua'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya, Injil benar kitab diturunkan oleh Allah kepada nabi Musa untuk bani israel tapi ianya telah diselewengkan beberapa kali oleh Kristian sehingga terlalu banyak jenis dan dinamakan Bible.. Maka dengan itu turunlah Al-Quran dimana Allah pelihara untuk sepanjang zaman.. Hanya Al-Quran Wallahu'alam..

      Delete
    2. Injil d turunkn kpd Nabi Isa a.s.
      kitab yg d turunkn kpd Nabi Musa ialah Kitab Taurat. :)

      Delete
    3. Kitab Al-Quraan ALLAH S.W.T pelihara hingga ke akhir zaman...

      Delete
    4. maaf mencelah... waktu Nabi Musa, diturunkan Taurat. maka Taurat telah turun untuk pedoman Nabi Musa dan bangsa Yahudi. Jadi untuk menceritakan kisah Nabi Musa mesti kitab selepasnya. jadi kitab selepasnya apa??? fikir lah sendri yer...

      Delete
  2. hahaha..don't say that before moses there is quran... jews were the first to know this story of what happened moses lead them out from the egypt where and which area moses spread the sea so the jews(israel) can cross the sea escape from ramses II and his soldier...and the story was continuous till christ born...christ also telling the people about moses(musa)..and his(yesus) disciple also did the same.but after 600 years after yesus , this arab nation still believe the moses and his miracle lead the Israel people and free them as god willing..in the Old Testament give detail...in the new testament also mention it...then who come first moses and his people or the QURAN???..you decide it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear butu,

      In Islam teachings, the prophet Muhammad SAW and the Qur'an came after Moses, Jesus and the Injil. And that he is the last prophet.

      It was never claimed that the Qur'an came before Moses and his people.

      Kindly read the text carefully :

      "... Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,”

      So, your question has no basis.

      Thank you.

      Delete
    2. butu, we muslim believe in Moses a.s, Yesus a.s & Muhammad s.a.w, yet we believe in them more than jews believe in Moses & christians believe in Yesus. we always pray for them whenever we mention their name, a.s = alaihis salam (peace be upon him), s.a.w = salla Allahu alayhi wasallam (may Allah honor him & grant him peace)

      Delete
    3. Yes as a moslem we have to believe thath isa n moses is our prophet thats part of our history..every moslems cant deny and have to believe it thats our iman...

      Delete
    4. Access to the Torah & Gospel back then 1400 years ago was not the same as today. During the Middle Ages, translation, particularly of the Old Testament was discouraged. In fact, only the priest of the highest eminence are given authority to study it. The only notable complete bible translation was around 13th century, about 600 years after the age of Prophet Muhammad Sallahu alaihi wassalam. That is to say, that Prophet Muhammad had no access to the any other scriptures before him. Look at the story when some jew priest want to test if prophet Muhammad had divine source of knowledge concerning :
      1)Ashabul kahf (fellowship of the cave)
      2)Real story of Khidr
      3) Dzul-Qarnain
      As these three questions and the stories involved concerned the history of the Christians and the Jews, and were unknown in Hijaz, a choice of these was made to test whether the Holy Prophet possessed any source of the knowledge of the hidden and unseen things. Allah, however, not only gave a complete answer to their questions in but also employed the three stories to the disadvantage of the opponents of Islam in the conflict that was going on at that time at Makkah between Islam and un-belief. (check Surah Al-Kahf verse 9 to 29 and verse 60 to 98)

      Delete
    5. Butu, you were sound smart but not too smart. You were just like below mentioned prhase on the Bible

      "Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)"

      Incomplete!!!

      Scroll down a bit and read the perfect answer,

      "Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)"

      You decide.

      We dont even have to laugh at you to prove you were wrong at the beginning

      Delete
    6. Butu may had misunderstood "Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” but this is because it make no sense for saying that. Of course it happen before al-Quran, or else the pharaoh so silly to chase them by himself and even if he did not believe it he was a pharaoh does he need to chase after those slave himself, he just need to order others to do it. So why the writer need to write those words with such tone as it to describe something. By the way, the real moron is Dr. Maurice Bucaille or the person who wrote the text because salt or i should call it natron is used to mummified. Those who don't know should at least watch movie, read book or search online and do not support anything that is untrue. I found out you people enjoying seeing your God being praise, but praise Him for what He had done, not praise blindly for what is not true.

      Delete
    7. Dear Butu of the testament that u call the bible the word of god then god mustve been confused since what he say in the old testament he retracks and then say another in the new testament ...need me to give example ?

      Delete
  3. BUTU, there goes Zabur, Taurat, Injil & Al-Qur'an, the last and complete.

    ReplyDelete
  4. Quran kitab yg lengkap merangkumi masa dulu (Nabi2 terdahulu)...kini (Nabi Muhammad SAW) dan akan dtg (akhir zaman)...

    ReplyDelete
  5. Ada kesilapan sikit di situ mengenai Injil ditutunkan kepada siapa. Mungkin typo-error. Jadi Ibu just add a little bit :). Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s dan Taurat kepada Nabi Musa a.s, Zabur kepada Nabi Nuh a.s dan ketiga-tiga kitab ini adalah dari Allah sesuai untuk umat pada zaman itu. Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w pula menyempurnakan semua ajaran Allah dan sesuai untuk umat sehingga akhir zaman. Rukun Iman yang 6, salah satunya ialah beriman dengan kitab-kitab yang empat ini. Ya, yang tulen dan bukan yang ditokok tambah.
    Injil telah dicemar dengan tokok tambah berlaku pada zaman Rom. Namun, Injil asli dan asal adalah dari Allah juga. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud..bukan Nuh...Nabi Nuh hanya menerima SUHUF hanya helaian bukan kitab..

      Delete
    2. Zabur diturunkan kepada nabi Nuh?
      Salah tu..sebenarnya nabi Daud a.s.

      Delete
    3. TAHUKAH KAMU 4 KITAB, TAURAT, ZABUR,
      INJIL DAN ALQURAN DI TURUNKAN DALAM
      BAHASA APA ?
      Tahu tak pengunjung sekalian 4 kitab Allah iaitu
      kitab taurat,zabur,injil dan Al-Quran. Mari kita
      sama baca dan mengkaji antara 4 kitab Allah
      ini :
      1- Kitab Taurat
      Kitab Taurat telah diturunkan oleh Allah swt
      kepada Nabi Musa as dalam bahasa Ibrani.
      Dalam kitab Taurat ini terkandung hukum
      syarak dan keyakinan yang betul. Ia juga
      menerangkan bahawa seorang nabi akhir zaman
      (Muhammad saw) akan lahir dari keturunan Nabi
      Ismail as . Kitab Taurat yang asli tidak ditemui
      lagi pada masa sekarang kerana isinya telah
      ditokok tambah oleh orang-orang yahudi.
      2- Kitab Zabur
      Kitab Zabur telah diturunkan oleh Allah swt
      kepada Nabi Daud as dalam bahasa Qibthi.
      Kitab Zabur tidak mengandungi hukum
      perundangan . Kandungannya hanya mengenai
      perkhabaran, cerita , zikir , doa dan hikmah-
      hikmah. Oleh sebab itu, Nabi Daud tidak
      mempunyai syariat tersendiri , ia dan umatnya
      hanya mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi
      Musa as.
      3- Kitab Injil
      Kitab injil telah diturunkan oleh Allah swt
      kepada Nabi Isa as dalam bahasa Suryani .
      Diantara kandungannya yang utama ialah
      menyeru umat manusia agar meng-Esakan Allah
      swt . Kitab Injil juga memberitakan akan
      kelahiran seorang Nabi dan rasul di akhir zaman
      iaitu Nabi Muhammad saw. Orang-orang Yahudi
      telah mengingkari akan kebesaran Allah swt .
      Mereka telah menghimpunkan kitab-kitab ini
      menjadi satu yang diberi nama "bible".
      Kemudian mereka ubah isi kandungannya
      mengikut kehendak hati mereka agar
      berkesesuaian dengan kehidupan mereka
      seharian. Bible ini terbahagi kepada dua
      bahagian besar. Pertama bahagian Taurat yang
      dinamakan dengan perjanjian Lama (Old
      Testament). Kedua bahagian Injil yang
      dinamakan dengan perjanjian baru (New
      Testament).
      4- Kitab Suci Al-Quran
      Kitab suci Al-Quran adalah sebuah kitab yang
      diturunkan kepada Nabi Muhammad saw . Al-
      Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Di dalam
      Al-Quran mengandungi hukum-hukum serta
      peraturan yang lengkap meliputi seluruh aspek
      kehidupan manusia, sama ada untuk mencapai
      kemakmuran hidup di dunia maupun untuk
      kebahagiaan hidup di akhirat. Ajaran yang
      disampaikan di dalam A-Quran sesuai untuk
      seluruh umat manusia dipermukaan bumi ini tidak
      kira bangsa dan keturunannya. Ajaran yang
      termuat di dalam Al-Quran lengkap dan
      sempurna, ia tidak akan berubah dan kekal
      selama-lamanya bahkan ia tetap terpelihara
      oleh Allah. Al-Quran merupakan mukzijat Nabi
      Muhammad saw yang terbesar dan berkekalan
      sehingga hari kiamat.
      SUBHANALLAH
      Semoga ALLAH tingkatkan iman dan ketakwaan
      kita kepada ALLAH, dengan memberi kepahaman
      yang jelas terhadap apa yang terkandung di
      dalam al-Qur'an. Aamiin

      Delete
  6. Sedikit pembetulan. Zabur diturunkan kpd Daud A.S.

    ReplyDelete
  7. Zabur dturunkan pada nabi daud, taurat(torah) kepada nabi musa, injil( bible) kepada nabi isa(jesus) & Quran kepada nabi Muhammad.. Dan Quran di turunkan BUKAN untk MENAFIKAN kitab2 yg sbelumnya, ttp.sbg PELENGKAP/PENYEMPURNA( last testament)... Kami.umat islam.wajib mengimani/ mempercayai nabi2 dan kitab2 yang dtrunkan sblum muhammad, dmna semua nabi2 dan kitab2 yg dtrunkan.terdahulu.mengajar tentang agama tauhid yakni menyembah tuhan.yg SATU. Dan ISLAM.adalah pelengkap kesemuanya... Jd tidak.mustahil di dalam.Quran mngandungi persamaan dgn kitab2 terdahulu kerana semua.nya diturunkan oleh yg SATU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang pun salah..injil tu bukan bible atau bible bukan injil
      bible diseleweng dari injil bermakna bible tu dicipta dan ditokok tambah..bible bermacam2 bible seperti perjanjian lama .barnabas dan lain2 .puak2 katolik berbeza dari protesten....so jangan samakan injil dengan bible.

      Delete
    2. Maaf en. Abd razak... Mmg dr pemahaman kta orng islam injil bukan bible, tp bukan dari pemahaman orng kristian sdiri... Mna2 versi kristian pon percaya bible adlh yg ditrunkn kpd isa( ttp ditokok tmbh pihak trtentu). Ap yg sya tekankn ialah, sbg menjawab persoalan sblum ini '... then who comes first moses and his people or the QURAN???...you decide it...' adlh tidak mustahil jika Quran juga mnceritakn tnttg pristiwa yg berlaku.sblum trun nya Quran kpd Muhammad kerana semua kitab dtrunkn dr yg SATU(Allah)..kerana penulis mgkin brpndapat Versi musa dalam Quran adlh dr hanya dr cerita lisan orng2 arab selepas pristiwa tersebut... Maaf skali.lagi jika sya salah yg dtng dr sya.sndiri... Wallahua'
      Wallahua'lam

      Delete
  8. sesungguhnya Al quran itu adalah kalam Allah. kitab2 yg diturunkan sebelum al-quran hny sesuai dgn zaman itu. tetapi al-quran merangkumi perkara2 yg lpas, ketika ini dan akhir zaman. Rasulullah s.a.w pernah berkata, "berpeganglah kamu kpd al-quran dan sunnah ku, nescaya kamu tidak akan sesat" :) sekadar perkongsian utk kita bersama. jgn lah kita bergaduh dgn org yg berlainan agama dgn kita. sebaliknya kita terangkanlah kpd mereka mengenai islam dgn sebetulnya dan amalkan cara hidup islam yg sebenarnya. :D

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. taklah cuma grand slam ..tenis kot?

      Delete
    3. Kalau xnak jawab betul2 tak payah la nak comment

      Delete
    4. Answering-islam is a fake website. You can google it.. Muslims worlwide has know that its contents is mislead and pro cristian & Israel.

      P/s: Jangan percaya dari sumber2 yg xdpercayai. Byk website islamic yg serong diluar sana.. Pls be carefull!!

      Delete
  10. Butu you or your facts are deranged. Dont be too quik with yr arrogance...becos you are laughing ALONE...Worst...AT YOUR OWN FACE too.....chck it out

    ReplyDelete
  11. Saling berkongsi ilmu dan memperbetulkan kesipan agar fakta tepat dan mudah difahami.. Tahniah untuk anda semua.. :-)

    ReplyDelete
  12. Maaf ye..maksd admin.kitab injil tu adlh bieble ..di sbb kn org2 kristian mmpercyai tuh adlh injil...thts all...pdhl ia bkn injil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stuju tu... Yg nk lebih ditekan kn adlh dr pmahaman/pandangan kristisn..

      Delete
  13. Adam a.s diciptakn kerana Muhamad s.a.w. so no question who come first.

    ReplyDelete
  14. KITAB TAURAT TELAH DITURUNKAN KEPADA NABI MUSA A.S.(MOSES A.S.). KITAB TAURAT TELAH PUN DISELEWENGKAN SEHINGGA DIKENALI SEBAGAI TORAH.

    KITAB INJIL DITURUNKAN KEPADA NABI ISA A.S. (JESUS A.S.). KITAB INJIL TELAH DISELEWENGKAN SEHINGGA DIKENALI SEBAGAI BIBLE.

    KEMUDIAN TORAH&BIBLE INI TELAH DISATUKAN DI DALAM SEBUAH BUKU. ITULAH WUJUDNYA ISTILAH OLD TESTAMENT(TORAH) DAN NEW TESTAMENT (BIBLE).

    MANAKALA KITAB ZABUR DITURUNKAN KEPADA NABI DAUD A.S. (DAVID A.S.). KITAB INI TELAH DISELEWENGKAN SEHINGGA DIKENALI SEBAGAI PSALM.

    HARAP PENCERAHAN INI DAPAT MEMBANTU KALIAN YANG DALAM KETIDAKPASTIAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Muhamad Firdaus Shapian, Torah dan Bible telah disatukan menjadi buku Old Testament (Torah) dan New Testament (Bible)..dan bukannya kitab seperti.Taurat dan Injil yang asli.

      Delete
    2. Saya pun stuju dgn Muhamad Firdaus Shapian.Sesungguhnya musuh-musuh Islam itu ada di sekeliling kita.

      Wallahua'lam.

      Delete
  15. Everyone protect their statement...the true thing will appear if u compare and study for all proof...trust me.

    ReplyDelete
  16. Kejap-kejap, aku bukan taknak percaya ke mende, tapi sefaham aku, FIRAUN tu gelaran kepada pemerintah zaman dulu, mcm SULTAN lah, dan pada zaman dulu, FIRAUN tu banyak nak mampus, bukan satu je. Yes Firaun tu wujud, tapi nak cakap yg dia bedah dan yg hilang di laut tu FIRAUN yang sama, sorry gua sedikit skeptikal la. Kita dengan ilmu kita pun tak tahu secara detail terperinci tentang kisah tersebut, jadi jgn kita assume je. Wallahualam.

    ReplyDelete
  17. Coming back to the article herewith where the great doctor embraces Islam. Those with great mind absorbs knowledge relentlessly and such revelation is beyond his contestation. Allah is the Greatest.

    ReplyDelete
  18. Injil tidak ada kesilapan... tetapi ia tidak lengkap... pelengkap bagi kitab-kitab yang diturunkan adalah Al-Quran..

    ReplyDelete
  19. Berdasarkan artikel yg diberikan..
    Kita hendaklah sedar akan kebenaran Al-Quran itu.

    “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

    Artikel ini adalah sebagai contoh yg baik. Wallahualam.

    ReplyDelete
  20. Injil Itu Benar. Injil juga adalah kitab yg diturunkan oleh Allah. Cuma Bible yg x tau kebenaran nye.. Sbb Bible da bermacam2 nama...Harap Maklum...

    ReplyDelete
  21. Koh koh koh...entri berilmiah...tapi komen macam kimak... hahaha...

    ReplyDelete
  22. King Topan bahasa kamu itu bukan di entri sebegini, jangan nak provok,,

    ReplyDelete