» » Ahmad Maslan Jawab Mat Sabu...

Bernama melaporkan semasa Mat Sabu menyampaikan ceramah sempena PRK Merlimau beliau merayu kepada pengundi Merlimau untuk memilih calon PAS. Beliau berkata demikian kerana PAS tiada wakil dalam DUN Melaka.

"Tak perlu ada wakil PAS dalam DUN Melaka kerana sahabat PAS iaitu DAP sudah ada 5 wakil rakyat dalam DUN Melaka. Kenapa PAS tidak percaya kepada wakil DAP ke untuk menyuarakan suara penyokong PAS dalam sidang DUN ke? Kalau sudah tidak percaya PAS boleh keluar dari PAKATAN, apa tunggu. lagi..."Datuk Ahmad Maslan.

Datuk Ahmad Maslan berkata demikian ketika sidang media selepas memberikan ucapan sempena Bicara Penerangan anjuran Biro Penerangan, Badan Perhubungan UMNO Terengganu di Hotel Naza Talyya, Melaka.

Beliau juga menyatakan oleh kerana PAS sudah menyatakan kepercayaan dan sudah menganggap DAP sebagai sahabat, tidur sebantal, rakan sepermainan, rakan sepergulingan maka sudah cukuplah DAP sahaja yang mewakili PAS dalam apa-apa hal di negeri Melaka.

Rakyat Melaka secara keseluruhannya NR percaya sudah masak dan kenal dengan percaturan dan permainan politik pembangkang ini dan NR percaya pengundi Merlimau tidak akan mudah terpengaruh dengan janji dan dakyah-dakyah pembangkang kerana yang pasti PAS tidak mampu untuk membela rakyat di Merlimau kerana di negeri yang mereka tadbir pun nasib rakyat tidak terbela.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply