» » Antara TUN M dan Karpal Siapa yang benar....


Apa Karpal Singh tuduh Tun M berbohong.... Mulut haram mana tu yang tak de insuran ni...

Karpal Singh  naik tocang apabila Tun M menenpelak kenyataan kawan baiknya Lim Kit Siang berhubung Operasi Lalang sekitar tahun 1987 dan 1989.

Karpal Singh menyatakan:

"Jika Dr Mahathir tidak menyahut cabaran saya kepadanya dalam masa tujuh hari, ia mesti dianggap bahawa Dr Mahathir tidak bercakap benar... Ini adalah perkara yang sangat serius bagi seorang mantan perdana menteri berbohong secara terbuka," tambahnya.

Siapa yang patut dipercayai Tun M atau si Kapal ni...

ikuti kisah di bawah....

Kenyataan Karpal pada tahun1997:
Menurut Hansard Parlimen bertarikh 6 Oktober 1997, Karpal pernah bertanya soalan ringkas, soalan No 29 : Sejauh manakah perkembangan siasatan polis berkenaan dengan satu laporan yang dibuat oleh salah seorang pegawai Anwar di atas tuduhan salah laku yang dilemparkan kepadanya.
Hansard Parlimen bertarikh 22 Oktober 1997, Karpal mencabar Anwar tampil membuat penjelasan untuk membersihkan namanya berkaitan dengan surat salah lakunya :
 
Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri pun ada beberapa tuduhan yang dibuat oleh dua orang, seorang adalah pemandu kereta (Azizan Abu Bakar) Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, kalau saya tidak silap, dan seorang lagi adik kepada political secretary beliau (Ummi Hafilda Ali). Kedua-dua mereka telah berjumpa saya dalam bulan Ogos (1997), berjumpa kerana nyawa mereka dalam membahaya.
 
Mereka jumpa saya menyatakan apa yang terjadi dan apa yang telah dilafazkan oleh kedua-dua mereka ini merupakan isi kandungan dalam dua surat yang dihantar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.
 
Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh kedua-dua ini adalah serius terhadap maruah seorang pemimpin dalam negara ini, ‘bad warning’, kerana Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri adalah bakal Perdana Menteri bagi negara ini. Oleh itu, tidak ada pilihan lain kecuali satu pilihan iaitu membersihkan namanya.
 
Jika itu, bukan surat layang, biasanya perkara-perkara seperti ini, berlaku dalam surat layang. Tetapi dalam hal ini, kedua-dua surat ini ditandatangani oleh orang-orang tertentu, orang-orang yang telah diberkas oleh polis. (Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar)
 
Jika tidak ada apa-apa asas, dan yang ditulis dalam surat itu tidak ada benar dalam pertuduhan ini, terdapat peruntukan dalam undang-undang khasnya Kanun Keseksaan Seksyen 500-Defamation.
 
Jika seorang membuat fitnah yang serius, itu menjadi kesalahan, seseorang itu boleh didakwa dalam mahkamah, disabitkan dan dipenjarakan.
 
Kenapa Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri memilih cara itu. Beliau membuat satu laporan polis, apa yang telah dibuat baru-baru ini adalah satu laporan polis daripada pejabat Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kenapa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri tidak membuat laporan polis.

Hansard Parlimen bertarikh 18 Disember 1997 pula, merekodkan nada Karpal lebih keras dengan mendedahkan isu kandungan pengakuan bersumpah Azizan Abu Bakar yang mengaku diliwat serta mendesak Azizan dipanggil di parlimen membuktikan kata-katanya benar.
 
Ini adalah satu perkara yang telah saya bangkitkan dalam dewan yang mulia ini pada 22 Oktober tahun ini. Ini mengenai dua surat yang ditulis kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
 
Satunya adalah ini, Tuan Speaker, jika saya boleh baca, ‘Pengakuan Bersumpah oleh seorang, Azizan Bin Abu Bakar.’ Pada 22 Oktober,
 
Bolehkan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap perkara ini. Pertama, mendakwa orang yang menulis surat ini jika surat ini tidak benar. Bolehkan Timbalan Perdana Menteri membiarkan dakwaan serius seperti dalam surat bersumpah berlaku ?
 
Butir-butir surat sumpah ini dan saya merayu kepada Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil tindakan. Apa yang beliau (Anwar) jawab adalah perkara ini dalam tangan Peguam Negara.
 
Tuan Speaker, hari ini adalah hari terakhir persidangan dewan ini. Sampai sekarang tidak ada apa-apa penjelasan daripada Peguam Negara. Tohmahan yang dibuat ke atas Timbalan Perdana Menteri adalah serius, saya baca bukan semua bahagian, tetapi apa yang penting di sini:
 
‘Pengakuan Bersumpah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih. Saya Azizan bin Abu Bakar dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni homoseksual dengan Anwar bin Ibrahim yang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri, perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya. Ianya kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya. Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya Datin Seri Wan Azizah…
 
Apa yang saya bangkitkan hari ini, sampai hari ini tidak ada keputusan daripada Peguam Negara. Kenapa?
 
Buktikan saya boleh panggil orang ini, Azizan Abu Bakar ke dewan ini….


drp NR percaya kpd loyar buruk lebih afdhal NR percaya kpd TUN M...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply