» » Anwar PENGKHIANAT Negara!!!



"Mahu pakai batik Indonesia dikatakan saya antinasional. Mahu pakai batik Malaysia, orang Indonesia bilang jelik. Sebab ciri keseniannya itu cukup rendah dan saya setuju. Tetapi saya tidak mahu sebut di Malaysia. Jadi akhirnya saya memilih batik Afrika."
-Anwar Ibrahim. (Festival Salihara Ketiga di Jakarta)

Apakah sebenarnya yang tersirat dalam hati Anwar Ibrahim di sebalaik ucapan beliau itu.

Berdasarkan temuramah yang dibuat ramai yang kecewa dengan ucapan Anwar Ibrahim itu malah mereka mengecam sekerasnya-kerasnya ucapan pemimpin pembangkang itu.

Pemilik MZ batik di Jalan Cahaya Bulan dipetik sebagai berkata, "Pemimpin pembangkang itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia melibatkan periuk nasi rakyat terutamanya pengusaha bumiputera."

Katanya, perusahaan batik menjadi sumber ekonomi usahawan Melayu di negeri ini yang memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai.

"Batik yang kita hasilkan adalah hasil tangan unik pelukis batik yang bekerja dengan tekun di bawah tangga dan  di belakang rumah masing-masing demi mencari rezeki halal."

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Marang, Saudara Mohd Zafpri bin Daud pula berkata:

 "Kenyataan seumpama itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang pernah menjadi pemimpin negara. Walaupun beliau kini merupakan pemimpin pembangkang tidak seharusnya Anwar mengeluarkan kenyataan seumpama itu apatah lagi di luar negara. Kerana kesannya adalah kepada industri batik negara yang telah diakui sebagai mempunyai nilai kesenian dan kualiti yang tinggi. Saya yakin kenyataan Anwar tersebut pasti telah mengguris hati pengusaha-pengusaha batik di Terengganu khasnya dan di seluruh negara amnya. bagi saya orang seumpama ini tidak layak diangkat sebagai Perdana Menteri dan dikenang sebagai seorang 'Negarawan'. Orang seumpama ini hanya layak digelar sebagai pengkhianat negara."

NR amat bersetuju dengan kenyataan saudara Zafpri itu kerana bukan main susah dan lama kerajaan cuba memartabatkan industri batik sehingga menerima pelbagai pengiktirafan di luar negara, ada pula makhluk yang tidak bertanggungjawab memburukkan imej batik negara di luar negara.


Kepada rakyat Malaysia yang masih lagi nak sokong perjuangan 'makhluk' ni... insaf-insafla... kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply