» » Sejarah yang tercipta...



Baru-baru ini UMNO bahagian Marang telah diceriakan dengan perlantikan Ketua Bahagiannya iaitu YB En. Yahya bin Khatib Mohamad sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu. Berita ini telah disambut baik oleh majoriti warga UMNO bahagian Marang.

Ada yang mengatakan YB Yahya telah mengukir satu sejarah baru kepada UMNO Bahagian Marang iaitu menjadi warga Marang pertama menjawat jawatan itu.

'NR mengucapkan tahniah kepada YB atas perlantikan tersebut.'

Dengan perlantikan tersebut secara tidak langsung Timbalan Ketua UMNO bahagian YB Alias Abdullah secara automatik akan mewakili kerusi Ketua Bahagian Marang di dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

Dengan kehadiran YB Alias di dalam mesyuarat UMNO Perhubungan akan mendatangkan sesuatu yang lebih bermakna bagi UMNO Terengganu secara keseluruhannya kerana YB Alias sering digambarkan dengan imej yang tidak baik. NR percaya YB Alias bukan orang yang sedemikan.

Apa yang diharapkan ialah apa yang berlaku ini menjadi titik tolak kepada pengukuhan kekuatan UMNO di Terengganu khasnya dan di bahagian Marang amnya.

NR berharap tiada lagi berita yang tidak enak didengar oleh penyokong kerajaan akan timbul selepas ini.

Semoga dengan perlantikan Menteri Besar YAB Dato' Seri Ahmad bin Said sebagai Pengerusi dan YB En. Yahya bin Khatib Mohamad sebagai Timbalan akan mengembalikan zaman kegemilangan UMNO yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Terengganu terutamanya para penyokong kerajaan. Selamat Menjalankan tugas...

... UMNO-BN akan terus menerajui Terengganu, Insya Allah....

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply