NR terbaca satu laporan kelmarin menyatakan semua hotel, motel, homestay dan rumah-rumah penginapan di Kerdau dan Merlimau serta di kawasan-kawasan sekitarnya telah habis ditempah.
Manakala bagi penyokong dan jentera-jentera parti yang tidak sempat menempah tempat penginapan dan bilik operasi terpaksa menyewa rumah. Dimaklumkan juga ada sewa rumah yang menungkat hampir 200% ataupun antara RM 3000.00 hingga RM 5000.00 untuk dua minggu.
Kepada pemilik-pemilik rumah sewa berkenaan selamat berniaga. Rezeki pilihanrayala katakan...
Walau apapun itu adalah senario yang biasa berlaku apabila ada PRK. Mengikut sumber juga ada yang telah menempah rumah sewa apabila diumumkan oleh SPR bahawa pilihanraya kecil akan diadakan ditempat sekian-sekian.
Itulah sebenarnya semangat rakyat Malaysia apabila ada perkara-perkara yang berkaitan dengan politik....
DAn yang paling bertuah adalah penduduk setempat kerana sudah pasti ramai pemimpin negara yang datang dan jalan-jalan ataupun jambatan yang telah usang pasti akan diganti baru.
Kepada peniaga-peniaga jangan pulak menaikkan harga barang.... hehehe
Selamat Berjuang kepada semua.
Kepada jentera BN selamat menjalankan tugas dan memastikan kerusi Merlimau dan Kerdau terus kekal milik BN....
"Tak Boleh Dah Kata Quran itu Kitab Suci.." - Noran Zamini
-
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang
membimbangkan umat Islam muncul. Ini antaranya. Saksikan huraian dan
penjelasannya..
5 years ago
No comments: