Disaat kita meraikan tarikh keputeraan kekasih Allah, Muhammad S.A.W, segelintir umat Islam, terutama muda mudi begitu ghairah menantikan tarikh 14 Februari setiap tahun yang diingati sebagai hari kekasih atau Valentines Day yang disambut meriah di seluruh dunia tahun demi tahun.
Mungkin ucapan selawat dan salam ke atasw Nabi junjungan akan tenggelam dalam luahan gelora cinta hari Valentines dikalangan muda mudi yang dimeriahkan hari tersebut dengan sinar cahaya lilin dan jambangan ros merah serta makan malam pasangan yang bercinta sambil bertukar-tukar perasaan.
Tahukah kita apa sebenarnya Valentines Day ini? Dan kenapa disambut pada 14 Februari?
Hari Valentines diingati sempena mempeingati paderi kristian yang bernama PEDRO SAINT VALENTINE, seorang paderi kristian yang berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol yang telah menumpaskan kerajaan Islam Cordova dan sangat aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemeriintahan kerajaan Rom.
Setelah Raja Rom yang mengamalkan agama kuno romawi mengetahui kegiatan valentine menyebarkan agama Kristian, maka beliau memerintahkan Valentine ditangkap dan diseksa da dalam penjara. Namun sepanjang berada di dalam penjara, valentine tetap menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan dan secara sulit bercinta dengan anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau dihukum bunuh pada 14 Februari 269M, tetapi sebelum menjalani hukuman beliau sempat menulis surat cinta dengan menurunkan tanda tangan "From your Valentine".
Sejak peristiwa itu orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk meraikan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka yang sanggup mengorbankan nyawa kerana kepercayaan terhadap agama Kristian.
Apakah patut kita umat Islam memeriahkan tarikh ini? Tidak sama sekali!!!
Malahan kita hendaklah mengharamkan sepenuhnya hari kekasih ini dan tidak membenarkan sama sekali anak-anak muda kita menyambut hari tersebut.
Petikan daripada Khutbah Jumaat pada 8 Rabiul Awal 1432H bersamaan 11 Februari 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
Memandangkan 15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1432H marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai tanda kasih dan sayang kita kepada Baginda....
"Tak Boleh Dah Kata Quran itu Kitab Suci.." - Noran Zamini
-
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang
membimbangkan umat Islam muncul. Ini antaranya. Saksikan huraian dan
penjelasannya..
5 years ago
No comments: