» » » 50 Dalil Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM (Part 1)


50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM
oleh Khalid Jafri.
Mei 1998
1 DENDAM KESUMAT
Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.
Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan ramai lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin.
2 PENENTANG
Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.
3 PECAH DAN PERINTAH
Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadu dombakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Tun Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah.
Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka.
4 SUMPAH BOHONG
Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, ternyata sumpah bohong yang dilaknati Allah SWT.
5 JAHANAMKAN Tun Dr. Mahathir
Bersumpah untuk menjahanamkan pimpinan Dr. Tun Dr. Mahathir di depan Haji Sulaiman Palestin (Allahyarham) kerana ditahan ISA sewaktu Dr. Tun Dr. Mahathir menjadi Menteri Pelajaran (Pendidikan).

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply