» » Dr. Harun Din VS Nik Aziz


Ada maklumat yang diterima menyatakan bahawa Nik Aziz dikatakan telah mengatakan kata-kata yang agak keras terhadap Dr. Harun Din. Perkara ini dikatakan telah timbul apabila Dr. Harun Din diberitakan telah menegur beberapa pemimpin begitu taksub dengan Anwar Ibrahim.  Nik Aziz menyalahkan Harun Din dan menganggap beliau tidak berprinsip kerana Harun Din merupakan antara individu pertama yang terlebih dahulu memuja Anwar sejak di dalam UMNO lagi. Harun Din jugalah yang membawa Kempen Gerakan Reformasi 1998 dan akhir sekali menyeru rakyat bersimpatri dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Malah, Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan Harun Din menyertai PAS semata2 kerana faktor Anwar Ibrahim. Nik Aziz memberi amaran kepada Harun Din agar tutup mulut kerana bekas Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan itu yang baru sahaja menyertai PAS berbanding Nik Aziz yang jauh lebih lama dan berpengalaman. Nik Aziz berkata demikian setelah melihat Harun Din semakin bercakap tidak berpandukan PAS dan Pakatan Rakyat. Harun Din telah mempertikaikan PAS secara drastik menyokong dan berkeyakinan tinggi bahawa Video Seks itu bukanlah individu bernama Anwar. Harun Din berkata PAS sewajarnya menyeru agar Suruhanjaya ditubuhkan sebagai keadilan bagi menyiasat video tersebut dan bukannya dibuat tayangan kepada orang ramai semata2. Sebelum ini, terdapat beberapa dasar dan pendirian Anwar dan Nik Aziz yang ditentang Harun Din terutamanya berkenaan isu Kalimah Allah.

Perdebatan dan pertengkaran kedua2 pihak ini juga ada kaitan dengan Pemilihan Muktamaer PAS yang akan berlangsung pada Jun ini. Ini secara jelas menunjukkan bahawa peperangan 2 kumpulan besar di dalam PAS iaitu puak Pro Ulama' dan Puak Pro Erdogan kian kritikal. Puak Pro Erdogan kini sedang rancak mengatur strategi bagi memastikan kumpulan ini memonopoli Jawatankuasa Tertinggi PAS Pusat bagi meneruskan Agenda Anwar di masa akan datang.


Sumber: klik di sini..

Pssstt: 
PAS jika masih bersekongkol dengan PKR dan DAP... PAS memang sebuah parti yang tiada prinsip. PAS merupaka sebuah parti yang prinsip parti boleh diubah sesuka hati... Perjuangan PAS telah jauh menyimpang... Slogan PAS GANTI UMNO selayaknya ialah DAP GANTI PAS...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply