» » Isu Video: Akhirnya Pemuda PAS bersuara...


Akhirnya setelah hampir masuk minggu kedua, Pemuda PAS akhirnya bersuara mengenai isu video seks yang dikatakan melibatkan pemimpin utama pembangkang. Ikuti laporan berikut: 


KUALA LUMPUR 28 Mac - Selepas seminggu mengunci mulut, kini semakin ramai pemimpin Pas tampil mendesak siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti siapa sebenarnya pemimpin kanan pembangkang yang dikaitkan dengan skandal rakaman video seks.


Terbaru, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) bersetuju agar kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal rakaman itu secara menyeluruh dengan berteraskan prinsip kebenaran, keadilan serta ketelusan.

Beliau yang menyambut baik cadangan supaya pemimpin Pas dan parti pembangkang lain dijemput sebagai pemerhati dalam suruhanjaya tersebut percaya, jika siasatan dilakukan tanpa niat untuk memerangkap, rakyat akan menerima hakikat sebenar di sebalik video itu.

"Prinsip yang Pemuda Pas pegang, apa pun situasi yang berlaku, ia perlu kepada penyiasatan yang adil, telus dan tidak bermaksud untuk memerangkap. Soal mekanisme bagaimana siasatan itu hendak dilaksanakan boleh ditentukan kemudian.

"Dalam soal ini, apa yang penting pihak yang bertanggungjawab menyiasat ketulenan video ini mestilah pakar forensik yang mempunyai pengetahuan luas. Sama ada pakar tempatan atau asing itu terpulang kepada kerajaan tetapi yang penting siasatan mesti telus.

"Soal wakil parti pembangkang itu tidak semestinya perlu kerana ahli politik bukanlah pakar dalam bidang forensik tetapi kalau sekadar pemerhati dalam suruhanjaya diraja itu nanti, Pas menyambut baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kenyataan Nasrudin itu menyusul sehari selepas bekas Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu
mendesak supaya pakar asing dijemput bagi membantu siasatan ketulenan rakaman video seks pemimpin pembangkang yang wajahnya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamad berkata, langkah itu penting kerana jika siasatan video seks tersebut hanya melibatkan pakar forensik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang ramai sukar untuk percaya keputusan siasatan nanti kerana ia mungkin dikaitkan sebagai konspirasi.

Mengenai cadangan supaya pakar asing turut membantu siasatan, Nasrudin berkata, ia langkah yang wajar dipertimbangkan kerajaan kerana penyiasatan oleh pakar asing akan memberi ketelusan sebagaimana diharap rakyat.

Dalam pada itu, Mohamad ketika dihubungi menafikan dakwaan seorang penulis blog bahawa beliau merupakan salah seorang daripada dua pemimpin Pas yang sudah menonton rakaman video seks itu.

"Saya belum tengok dan tidak akan tengok. Kita biarkan kerja ini (meneliti ketulenan) kepada pihak berkuasa, mereka yang sepatutnya menonton dan menyiasat perkara ini. Saya tidak suka menonton hal sebegini," jelasnya.


sumber: utusan online

Psssttt:
Pihak penyokong kerajaan amat menyokong kenyataan daripada wakil Pemuda PAS ini. Ini adalah kerana kita hanya mahu membongkar kebenaran dan tidak menerima sama sekali fitnah yang mengaibkan orang. Sebagai seorang yang mungkin bergelar Perdana Menteri siasatan terperinci perlu dibuat ke atas video terbabit agar rakyat tidak terus tertipu dengan lakonan dan sandiwara berterusan pemimpin tersebut.

Dia tidak perlu melatah jika tidak terlibat. Bukan soal dendam atau pun apa perkataan yang mungkin disebut tetapi ini adaah demi kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya agar tidak tersilap memilih pemimpin di masa hadapan.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply