» » » JANJI Palsu Pelan 100 Hari Pembangkang (Part 8)

Penipuan 8

Membatalkan FELDA Plantation bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA

BOHONG

Kesemua tawaran ini sebenarnya bukan sahaja tidak realistik untuk ditawarkan dalam jangka masa yang sangat pendek iaitu 100 hari, bahkan sebenarnya jika diberikan lebih masa pun, mereka belum tentu mampu melaksanakanya, kerana matlamat mereka adalah untuk berada di puncak kuasa, dan bukannya berkhidmat untuk rakyat.

Sebagaimana yang diketahui umum, pembangkang terkenal dengan sikap oportunis dan sanggup melakukan apa sahaja cara asalkan sahaja mereka dapat berada di puncak kuasa, termaksudlah menawarkan sesuatu yang kononnya berfaedah namun sebenarnya tidak mampu mereka gerakkan. Lihat sajalah negeri-negeri yang mereka tadbir sekarang ini.

Perdana Menteri turut mengibaratkan pembangkang sebagai individu yang mengidamkan kereta dan rumah yang lebih besar dan segala kemudahan lain yang tentunya perlu berdasarkan kemampuan sendiri.

Apa yang pelik, pembangkang sebenarnya cuba untuk meniru pelbagai inisiatif yang lebih dahulu dilakukan oleh Kerajaan dan hal ini menunjukkan bahawa pembangkang sendiri mengakui keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan sebelum ini.

Mereka mengulangi kerana mereka sendiri sebenarnya sudah ketandusan idea untuk menawan hati rakyat.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply