» » TERHANGAT: Pegawai wakil rakyat ditangkap khalwat...

klik gambar utk visual yg sempurna..

Sinar Harian hari ini melaporkan seorang pegawai wakil rakyat dalam Parlimen Marang di tangkap khalwat sekitar jam 1.30 pagi di Kg. Alur Tuman, Pulau Kerengga, Marang.

Lelaki berusia 52 tahun itu bersama pasangannya seorang warga Indonesia berusia 34 tahun ditemui dalam keadaan mencurigakan oleh polis di tempat berkenaan.

Laporan ini disahkan oleh Pesuruhaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail. Kedua mereka dibebaskan dengan jaminan polis sebelum dibicarakan.

Sementara itu ADUN berkenaan yang dihubungi oleh SINAR mengesahkan status lelaki terbabit tetapi belum dimaklumkan tentang perkara tersebut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Untuk makluman semua pagawai khas kepada ADUN BN dalam Parlimen Marang berumur dibawah 50 tahun dan BN hanya memenangi 2 kerusi DUN dalam Parlimen Marang iaitu DUN Pengkalan Berangan dan DUN Alor Limbat.

Ini bermakna lelaki tersebut merupakan pegawai kepada wakil rakyat PAS.

Setelah diamati dan diteliti berdasarkan laporan yang diterima pegawai ADUN yang dimaksudkan ialah pegawai Adun Bukit Payung (PAS).

Bercakap tentang Islam berapi-api tetapi tidak boleh menahan nafsu daripada melakukan maksiat terhadap Allah... Nau'zubillah.... Allahuakbar....

Islam itu indah dan tiada yang seindah selainnya...
Renung-renungkan dan selamat beramal...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply