» » » HANGAT: Anwar VS Arifinto...



Masyarakat Indonesia telah dihebohkan dengan berita bahawa wakil rakyat dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Arifinto dituduh telah menonton video seks. Beliau dengan sikap penuh tanggungjawab telah meletakkan jawatan hanya kerana aksinya sedang menonton video seks telah didedahkan media.

Manalaka di Malaysia pula Anwar Ibrahim yang mengaku dia telah dituduh melakukan dan melakonkan watak seorang lelaki di dalam video seks yang didedahkan oleh DATUK T pula sibuk menuduh menyalahkan orang lain disebalik pembikinan dan pendedahan video seks tersebut. Malah apabila ditanya oleh wartawan, wartawan pula menjadi tempat dia melepaskan nafsu amarahnya.

Namun berbeza pula wakil rakyat dari sebuah parti yang kebetulannya juga mempunyai nama keadilan ( Parti Keadilan Sejahtera), sanggup melepaskan jawatan demi menjaga status, maruah, integreti parti dan negaranya disebalik tindakan moral yang kurang baiknya itu.

Antara tuduhan menonton dengan melakukan adegan seks, yang mana lebih berat kesalahannya dan yang mana lebih mengaibkan.

Bekas setiausaha sulit kepada Anwar, Anuar Shaari menyatakan beliau kagum dengan keberanian Arifinto yang sanggup melepaskan jawatan apabila aksi beliau sedang menonton video seks didedahkan tetapi di negara kita, individu yang dikaitkan sebagai pelakon dan rakaman video seks bukan sahaja enggan melepaskan jawatan, malah menyalahkan pihak lain.

"Namun, pihak yag mendedahkan aksi seks tersebut tidak pula Anwar beani saman. Sedangkan kita tahu Anwar merupakan pemimpin politik paling gemar menyaman sesiapa sahaja yang tidak sebulu dengannya,"jelas beliau. (utusan)

Pihak berkuasa juga dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk mngesan pemilik jam tangan Omega yang sedang hangat diperkatakan kini kerana pemilik jam tangan Omega tersebut boleh dijejaki menerusi nombor model.

Selepas ini sudah pasti banyak lagi pembongkaran dan pendedahan yang akan dibuat, mungkin berkat daripada doa dan solat hajat yang dibuat untuk menyelamatkan Anwar kononnya daripada fitnah dan konspirasi pihak kerajaan untuk menjatuhkan Anwar.

Apa yang pasti ialah yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar.

Berani kerana benar... Allahu Akbar...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments: