Menjelang hari pengundian 14 April 2011 ini bagi PRN Sarawak. Pembangkang boleh dikatakan sudah ketandusan isu bagi menjatuhkan kerajaan sekarang ini.
Dalam setiap ceramah anjuran pembangkang sejak dari sebelum penamaan calon lagi mereka sudak menyerang Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dengan mengatakan beliau sudah lama dalam politik dan sewajarnya telah mengundurkan diri.
Mereka bercakap seolah-olah TS Taib sudah tidak diperlukan lagi dalam politik Sarawak.
Mereka berkata TS Taib sedah terlalu lama dalam politik... bla...bla...bla...
Hakikatnya siapa yang paling lama bergiat dalam politik. Sila rujuk dalam gambar di atas. Sekurang-kurangnya walaupun beliau telah lama dalam politik TS Taib merupakan seorang negarawan yang berjaya dalam memimpin negeri Sarawak ke tahap yang ada sekarang.
Pembangkang mengatakan bayak lagi kawasan dalam Sarawak yang mundur. Tetapi hakikatnya ialah Sarawak merupakan sebuah negeri yang sama luas dengan Semenanjung Malaysia. Keadaan muka buminya berbukit bukau.
Mereka yang tidak pernah sampai ke Sarawak mungkin akan mempercayai tohmahan pembangkang ini. Kalau nak tahu keadaan sebenar di Sarawak jom berkunjung sendiri ke Sarawak.
Di sebalik segala tohmahan yang dilontarkan kepada Sarawak dan TS Taib apakah sumbangan sebenarnya yang telah diberikan oleh mereka dalam gambar diatas kepada negara dan rakyat Sarawak jika dibandingkan dengan sumbangan TS Taib kepada Sarawak khasnya dan kepada Malaysia amnya. Antara langit dan bumi perbezaannya.
Ayuh rakyar Sarawak jangan biarkan kekayaan Sarawak di kaut oleh pembangkang yang tamak ini. Tengok saja apa yang berlaku di Selangor, Penang, Kelantan dan Kedah kini. Anda pasti sudah mengetahuinya.
Renung-renungkan dan selamat beramal...Berani Kerana Benar...
top 1 pak ajis ni erk... bijak2...
ReplyDelete